Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITR


Andai jemari tak sempat berjabat, andai wajah tak dapat bertatap, seiring beduk yang bergema, seruan takbir yang berkumandang, kuhulurkankan salam menyambut hari raya iaidil fitri, jika ada kata serta khilafku membekas lara, mohon maaf Zahir dan batin..

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan. Jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan saling memaafkan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas: Ipin, Ida, Dinie & Dania......

Tuesday, September 15, 2009

Blog Rasul Melayu..

Sekarang Rasul pun dah ada blog sendiri.. siap ada gelaran Haji lg...
kalau sesapa yg nk tgk blok tu sila le klik kat bawah ni... jgn terpengaruh sudah.... yg pasti komen2 dlm blog tu semuanya merupakan maki hamun tahap gaban termasuk le aku yg tumpang sekaki... heheh


Ada jugak org percaya si bengong ni...

Lagu meruntun jiwa

Lagu sedih anak2 Aceh yg kehilangan keluarga semasa Tsunami. Memang betul2 sedih mendengarnya...


Monday, September 14, 2009

Lailatul Qadar.......

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku. "Kenapa?" tanya Abah. "Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah. "Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?" Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. "Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya. He..He..He..

Tuesday, September 8, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Sempena nak raya ni aku membuka thread untuk kiriman ucapan hari raya untuk sedara mara yg jauh yg dekat yg bau-bau bacang dan sebagainya cewahhhhh.... so boleh le kita start bermaaf-maafan di alam maya ni yer memandangkan satu kad raya pun posmen x de hantar huhuhu...
Aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini dan semoga ramadhan dan Syawal kali ini akan lebih bermakna...

Thursday, September 3, 2009

Raya Agenda

Raya is around the corner... org gomen kena berbelanja berhemah sbb x dpt bonus.. huhuuh.... so paham2 la ya kalau bebudak dpt duit raya sorang 50 sen tahun ni.. hehehehe....
tak kisah le ada duit ke tidak raya ni kan.. yg penting boleh happy n jumpa each others...
so raya kedua mlm tu dgr ceritanya ada event yg menarik jugak.... ada barbecue, tukar2 hadiah dan sebagainya... kalau ada yg cam tu bagus ler... tp apa plannya tu? hadiah range berapa harga dsbnya... so buleh le komen2 kat sini sikit




Wednesday, September 2, 2009

Mencari susur galur

Salam semua... aku baru lepas bukak myheritage.com n dah update bnyk gambar2 dan susur galur sebelah mak ngan ayah... yg lain2 x update lg tu diharapkan dpt masukkan gambar ngan birth date masing2 dan dgn alamat email sekali ... kalau sesape yg tau pasal susur galur yg lain atau nak add in susur galur sebelah keluarga sendiri contoh susur galur isteri atau suami adalah dialu-alukan.
Sesapa yg tau nama2 sepupu kita yg lain tu pun dialu-alukan berbuat demikian.. contoh anak moklong ke anak mokde ke, anak mak we ke dsbnya...
mana tau esok-esok boleh buat gathering ... mesti ramai gila....

Untuk register my heritage sila klik kat tajuk kat atas tu...

Tuesday, September 1, 2009

Hadiah Kemerdekaan ke 52

Harga petrol utama negara, RON 95 akan dijual pada harga RM1.80 seliter, naik lima sen berbanding harga asal ketika prapelancarannya Mei lalu iaitu RM1.75, manakala RON 97 dijual pada harga RM2.05.

Petrol gred baru itu akan diguna pakai di semua 3,500 stesyen minyak seluruh negara, bermula hari ini menggantikan petrol RON 92 yang kurang mendapat sambutan dan RON 97 dinaik taraf menjadi produk premium.

Kenaikan tidak ketara itu bagaimanapun dianggap tidak membebankan rakyat berikutan kerajaan sudah menanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan.

Selaras itu RON 97 yang diperhebatkan akan menjadi petrol pilihan untuk pengguna kenderaan berkuasa tinggi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau percaya penggunaan petrol RON 95 mampu memenuhi permintaan berdasarkan kelebihannya yang tidak menjejaskan enjin kereta nasional setanding kenderaan import.

** Tunggu apa pulak yg naik lepas ni

Wednesday, August 26, 2009

Happy Birthday utk Kak Wai

Happy Birthday yg ke ... ntah utk kak wai...
semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan baby girl....
abe mat x de apa2 ke utk kak wai? hehehe



Tuesday, August 25, 2009

Majalah baru Zunar usik PM

Majalah baru Zunar usik PM
kemaskini 1.36pm Kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque akhirnya
kembali bergelumang bersama dunia kreatif melalui majalahGedung Kartun
setelah meninggalkan organ PKR Suara Keadilanbeberapa bulan lalu.

Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung dwibulanan itu
memaparkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tersilap
mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara
(foto ).

Edisi awal September kini sudah berada di
pasaran.

Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan
artikel berbentuk satira politik oleh ramai
penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni
alternatif antaranya Hishamuddin Rais,
Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang
kini lantang menentang dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) turut menyumbang
rencana dalam Gedung Kartun.

Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12
kartunis sambilan, antaranya Cabai yang
sebelum ini terkenal dengan siri
"Tiga Dara Pingitan" (foto kanan).

Edisi sulung ini menyentuh pelbagai isu semasa,
antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya,
dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA.

"Kita juga akan muatkan kartun istimewa karya Dr Farish A Noor," kata
Zulkiflee atau lebih popular dikenali Zunar, tanpa mendedahkan karya
pengamat politik itu.

Dihubungi Malaysiakini baru-baru ini, kartunis terkemuka itu berazam menerokai
pasaran genre berkenaan dengan tema "kartun alternatif" kerana, menurutnya,
ia mempunyai pasaran yang besar.

"Ini yang pasaran mahukan. Kita lihat di Internet dan blog, banyak kartun
berbentuk humor sebegitu.

"Ia bentuk yang orang suka, cuma tidak ada orang buat," katanya, yang
bertindak sebagai ketua pengarang, yang terkenal dengan "kartun hidung besar"
bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya perbezaan menguruskan sebuah akhbar politik dan majalah kartun, Zunar berkata: "Tukar medium sahaja".

Menurutnya, idea menerbitkan majalah kartun dengan konsep sebegitu telah
lama dirancang tetapi baru menjadi kenyataan kerana kesuntukan masa.

Dengan cetakan pertama sebanyak 10,000 naskhah, majalah tersebut akan
berada di pasaran dua kali sebulan – pada 10 dan 20 hari bulan.

Majalah 68 halaman, terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd itu dijual di seluruh
Malaysia dengan harga RM4 (Sabah dan Sarawak RM5).

Zunar, yang turut menyumbang karyanya kepada Malaysiakini, meninggalkan
Suara Keadilan pada Mei lalu setelah empat tahun bertugas - dipercayai
mangsa politik dalaman elit PKR.

Monday, August 24, 2009

Majlis gathering berbuka puasa

Abe Mat the slaughter sedang menyiang ayam

Majlis gotong royong yg sibuk disebabkan kedai proses ayam tutup

satu lagi mangsa... sponsor by zul n zue

muka roti jala ;)

Allahuma laka sumtu wa bika amantu....



Cuma bro AJ n Family je yg terlepas majlis ni..... x pe bro.. next week wa blk kg lg :)... kita jumpa di sana...

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

" Ramadhan itu awalnya Rahmat
Pertengahannya keampunan
Penutupnya bebas dari api neraka"

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Moderator : Familymaskuri.blogspot.com

Wednesday, August 19, 2009

Happy Birthday

Selamat Hari lahir yg ke ... utk Hairul Mizan ( 19/8)
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...
Happy Birthday jugak pada Ida ( wa munye mini ) pada
hari esok 20/8....
( Nasib baik kek dania ada lg dlm peti Sejuk, utk direcycle, hehe)
Wish you all happy birthday....

Monday, August 17, 2009

Wajah Baru

Sempena Bulan Puasa dan Hari raya ni aku sedang menjalankan kerja2 upgrading blog ni supaya kelihatan lebih segar... so kalau bnyk widget yg missing tu sabar je dulu yer....

Sunday, August 16, 2009

Selamat Hari Jadi Dania

Semalam 15hb Ogos genap 3 tahun anak no 2 aku Iman Nurdania Hamra...
Mcm. biasa budak zaman sekarang ni advance sbb terlampau bnyk tgk kartun... mcm2 yg dimintak.... utk x menghampakan aku beli la jugak kek utk dia.. kitorg celebrate sendiri je la.. maklum le nk celebrate kat kg, kg dah jauh.... minggu dpn dh puasa pulak....
Happy birthday utk Iman Nurdania Hamra....






Saturday, August 15, 2009

Mari Belajar Bahasa Jawa

MelayuJawaMelayuJawa
abangkakangabuawu
adab sopantotokromoadikadik
agamaugomoairbanyu
akaroyotanai-anairayap
anakanakandainek
anjingasuapaopo
apigeniarangareng
atasndu'urawakko'e
ayahbapakayamayam/pitik
atauotowoazimatjimat
bacabocobabi / khinzirceleng / gendos
badakbadakbaikapik
bagaikoyokbalung (cth balung ayam)jengger
bakiturahbalingbalang
balasbalesbangkit (dari tidur)tanggi
bandarmbandarbajabojjo
bangkaibat'tangbaramowo
bantutulungbangunmenyat
baruanyarbantat (cth kuih tak naik @ keras)bantat
bantutkunttetbasi (cth makanan semalam)sayup
baringturonbatukwatuk
basahtelesbawagowo
basuhkumbahbayambayem
baumambubawahngisor
berika'ibecaklecak
bedakwedakbediltembak
beginikoyo ngenebegitukoyo ngono
belanjabelonjobeliaude'ea
belakangmburibelituku
belalangwalangbelangbelang
belukaralasbelutwelut
bengkakabohberandaanjung
benihwinihberaniwani
bekas (utk mengisi cth mangkuk)wadahbekas (cth bekas murid)tilas
berapapirobelumurung
berakngisingberniagadho'dhol
berangngamukbersihresik
berhenti (cth berhentikan kenderaan)mandekberhenti (cth berhenti kerja)liren
beruduceblongbetik (buah)kates / gandol
betulbener / tenanberukke'tek
bersinwahingbetul-betultemenan
besargedibiasabioso
biarbenbicarangomong
biarkanujak'kéybisulut'hun
biawakmencawakbohongngapus
bilakapanbodohbongok / kemplu
biji (cth nangka,cempedak)betonbuaiyun
bolehkenoburukelek
buculingirbuangguang
buayaboyobudakbocah
bukanud'thubuluhpring
bulatbuletbungsuragil
bungakembangbutabuto
buntingmeteng
cabai / cililombokcabutjabut
cacingcacingcaircaér
cakapomongcalitselet
campakuncalcangkungndodok
cantikapikcawancangkir
catcetcaringolek
cekurkencurcelikmelek
cebiscuilcemarkotor
cemburumariecendawanjamur
cempedakcemedakcengkungkempot
cengkerikjangkrikcepatendang / gelis
cerai (perkahwinan)pegatcelakaciloko
ciumambungcicirkécér
cicakcecekcuailengah
comotlettekcubajajal
cucuputucuricolong
cungkilompelcumanggor

Thursday, August 6, 2009

Langkah berjaga2 ketika H1N1

Salam semua.. memandangkan selsema babi ni dh masuk ke peringkat yang menakutkan yang telah meragut sebanyak 14 nyawa setakat semalam, ada baiknya kita berkongsi sedikit tips bagi mengelakkan ia berlaku pada diri dan keluarga kita.
Sesapa yang mempunyai anak kecil tolong berjaga2 kerana H1N1 ni mudah menyerang mereka yg mempunyai antibodi / immune system yg lemah. Begitu juga yg menghidap asma kerana banyak kes melibatkan kematian adalah mereka yg mengidap asma. jika suhu badan meningkat ke 38 darjah celcius, jgn tunggu lg terus pegi hospital.
Buat masa sekarang kurangkan aktiviti outdoor kerana H1N1 ni berjangkit kesan rembesan air liur disebabkan bersin. Kesan bersin pd tangan akan menyebabkan jangkitan jika kita bersentuhan dgn org lain.... Semoga Malaysia Selamat dari wabak ini.
Perlu di ingat pd tahun 1859 sebanyak 20juta penduduk dunia telah mati disebabkan oleh H1N1 ini.






Monday, July 13, 2009

Hutlista - Ulu Yam














Sesekali bergossip :)

hahaha... tajuk di atas mungkin menarik perhatian korang semua...
bagus jugak sesekali bergossip antara kita... gossipnya mcm ni...
Dengar ceritanya di celah musim2 durian yg dh nak habis ni mama juwie ada dengar desas desus
yg sedap untuk di dengar? cuba teka apa dia.. nnt mama juwie bg hadiah ..auwwww...
dgr kata mak nk dpt cucu thn depan... bukan satu, bukan dua tapi tiga orang... waaaaa
yg dua org tu korang dh tau... aku nk biarkan korang tertanya2 sape lg sorang tu......
apa2 hal pun jaga la kesihatan diri bebaik semasa mengandung tu yer..... bertambah meriah la kalau musim raya ni..

hehehe... ni sekadar gosip je tau... kalau nk pecaya pecaya kalau x mama juwie x paksa.. auwwww

Thursday, June 4, 2009

Google adsense

Kepada semua,
diharapkan dapt le klik kat google adsense utk menambahkan lg dana sekaligus mengurangkan budget kita utk family day nnt . Cara dia mcm ni:
Pergi kat useful link kat sebelah tu klik le kat :
1) http://www.rm1millionjourney.blogspot.com/
2) http://library.hict.edu.my/

Kat dalam tu ada iklan2 dari google, bila klik je kat situ google akan bayar pemilik website tu....
so ada faham ke x? Family maskuri punya blog x bole buat sbb bahasa melayu belum diiktiraf oleh google... so terpaksa le pakai web yg dibuat oleh kak aii...
so mari le beramai2 klik iklan kat situ ..... kita ada 4-5 bulan lg tu... sempat utk kumpul 2-3ribu hehe...