Tuesday, September 1, 2009

Hadiah Kemerdekaan ke 52

Harga petrol utama negara, RON 95 akan dijual pada harga RM1.80 seliter, naik lima sen berbanding harga asal ketika prapelancarannya Mei lalu iaitu RM1.75, manakala RON 97 dijual pada harga RM2.05.

Petrol gred baru itu akan diguna pakai di semua 3,500 stesyen minyak seluruh negara, bermula hari ini menggantikan petrol RON 92 yang kurang mendapat sambutan dan RON 97 dinaik taraf menjadi produk premium.

Kenaikan tidak ketara itu bagaimanapun dianggap tidak membebankan rakyat berikutan kerajaan sudah menanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan.

Selaras itu RON 97 yang diperhebatkan akan menjadi petrol pilihan untuk pengguna kenderaan berkuasa tinggi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau percaya penggunaan petrol RON 95 mampu memenuhi permintaan berdasarkan kelebihannya yang tidak menjejaskan enjin kereta nasional setanding kenderaan import.

** Tunggu apa pulak yg naik lepas ni

8 comments:

dell said...

IYE KE SEBELUM NI HARGA PETROL RM1.75. KENAPA KAT AKU PUNYA RESIT PETROL RM 1.80 SELITER.(PRIMAX)TAKKAN PETRONAS KAT TG AGAS DAH NAIKKAN HARGA DULU SEBELUM HARGA BARU DIUMUMKAN.

Riyaz said...

wei dila, harga start 12.00 mlm td dh start la..msti ko x tgk tv nie..hahaha..pasni bkn minyak naik..tp kita naik minyak..kahkahkahkah

NAIK KAN HARGA MINYAK WAKTU BULAN PUASA…kah kah kah..

LEPAS PUASA ADA RAYA SAKAN…. TENTU ORANG RAMAI LUPA….kah kah kah…

E-pin said...

Dell, ko pakai tu ron 97, skrg dh tukar ron 95... patut hg makin rendah.. tp hampeh.. takbirrr

halis005547 said...

tadi kwn aku ada bg jenis2 keta yg x leh pki ron 95..nampaknyer keta ko jer kak dila yg x leh pakai ron 95.yg lain sumer bleh..nasib ko le kak dila kena minyak yg arga mahal..hehehe..

dell said...

hampeh

~yan~\ said...

...hohoho... nasib ler.. hg minyak naik.. lantak la ron aper pun, yg penting aku isi yg maner murah.. ikut ati nk isi minyk masak jer.. abis citer! hihihi

zue said...

mcm tu ek yan..minyak masak ngan minyak kete mana lg murah? mcm same mahal jer..

dell said...

letak minyak gaas je yan he..