Wednesday, December 30, 2009

sEL@maT tAHuN bArU 2010 & mAjLis Aqiqah

salam semua..

sempena nak menyambut tahun baru ni, family maskuri ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010..semoga tahun 2010 ni memberi lebih banyak keberkatan, hidayah dan limpahan rezeki yang berterusan..Insya-Allah. kepada yang bercita-cita dan berazam baru tu, sila tunaikan azam anda untuk tahun ini dulu....hahahahah...yang mendapat cahaya mata dan bakal mendapat cahaya mata, tahniah diucapkan. bagi yang sedang mencari kerja @ bisnes baru, semoga berjaya diucapkan..rezeki ada di mana2...dan kepada yang sedang @ akan menyambung pengajian, selamat memerah otak...

dan kat sini nk maklumkan majlis aqiqah untuk riyaz & yassin mak akan diadakan pada hari sabtu 2.1.10...makan lepas asar..hahahaha...potong kambing + nasi beriani + dan lain2... TQ pada penyumbang2 untuk majlis yassin mak nie..pd yg x dapat balik, aku tolong makan bahagian korang..hahhahha

selamat tahun baru!!!!

Thursday, December 24, 2009

PERINGATAN

Dalam kita bersuka2 kadang2 kita terlupa... so aku nak ingatkan diri aku dan family members semua especially those yg ada anak kecik tu jgn terleka memerhatikan anak anda walaupun sesaat... terutama di tepi pantai atau pun kolam renang.... malang tak berbau... ANDA MAMPU MENGUBAHNYA...

yg menempuh perjalanan jauh tu berhati2 le memandu especially musim2 ujan ni... yg bawak balong tu aku mengucapkan selamat maju jaya.. jgn lupa pil mabuk jenama novomin... pil yg sgt berkesan untuk mengelakkan balong buat bubur lambuk...
sekian

Friday, December 18, 2009

Update Family Day 2009 - jom focus mocus!!

Assalamualaikum w.b.k / salam sejahtera


Ok disebabkan kesuntukan masa, so sbg wakil family day nie aku update info dan maklumat yg terkini untuk makluman kita semua..mintak jasa baik agar setiap orang dapat berikan respon dalam segmen nie..sbb kurang dari seminggu jerk nie...


jom follow !!

Wednesday, December 2, 2009

t-shirt family day -->> undi pilihan anda!!

* sila klik pada link * (klu x aktif, korang copy link bwh ni & paste je)

http://picasaweb.google.com/mriyaz82/FamilyMaskuri?authkey=Gv1sRgCP6zx4qNmNi41wE#5410472000210560466



Assalamualaikum w.b.k ...

di sini aku ada cadangkan 3 design T-shirt family day 2009 untuk family maskuri..So boleh la pilih ikut suka...ikut majoriti yer..pastu nk bagitau tema kita tahun ni kaler merah..
dari segi harga plak aku x leh nk kompomkan sebab nak tau jgk kain yg mcm mana kita nak..kalau nk yg macam kain baju "jom rewang!! " tu mahal skit la...dlm RM22 sehelai..cop depan belakang.. pastu rasanya baju ni utk mereka yg size badannya dalam 13 tahun ke atas la...mcm marsitah, apis, amin, ana boleh la...yg kecik2 tu tak dapat la nak tolong..hehehe..

ok keputusan akhir akan dibuat pada hari isnin (7 disember 2009) ..so kalau boleh mintak SEMUA YANG TERLIBAT DALAM FAMILY DAY NI BAGI SIZE pada aku sebelum 7 disember itu la..duit akan aku collect sebelum 12 disember...Insya-Allah..

kalau ada sapa2 yang nak sponsor sila bagitau..hahahaha...semoga dimurahkan rezeki duni akhirat..amin..

sekian, terima kasih.

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Kepada semua warga Familymaskuri, kami mengucapkan Selamat hari raya aidiladha dan selamat menjalani ibadah korban.
Siapa2 yang balik kampung, berhati-hati dijalanraya. Semoga selamat sampai dan kembali...
Kepada kak Rohai yg perform korban, semoga korban tersebut akan diberkati.. Amin..


Wednesday, November 18, 2009

happy birthday to HANNAH SUZIE LEE


Happy birthday to hannah...dah 2 tahun si comel nie...
Semoga jadi anak yg baik,dengar cakap mummy & daddy...
Cik Lah Kecik tak dpt nk bagi adiah...
Cik lah wakilkan mummy & daddy jer la yer bg adiah...hehehe...

Selamat berjaya untuk calon SPM 2009

Kepada semua yang menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini ( yg aku tau Ana ) , hadapilah peperiksaan dgn tenang... semoga anda berjaya memperolehi keputusan yang vemerlang di dalam peperiksaan SPM... AMIN

Thursday, November 12, 2009

jom join family day 2009

Assalamualaikum...

ok disertakan info untuk family day..

Tarikh : 25-27 disember 2009 (jumaat-ahad)
Lokasi : Ancasa Resort Allsuites
Bayaran setiap keluarga : RM247 (ni kalau tak silap aku la)

so kat sini kita buka ruang untuk setiap orang beri pendapat/komen/cadangan / untuk AJK dan aktiviti kali ni...

lantikan AJK akan dibuat dalam tempoh 7 hari dari sekarang..hahahaha...

so semua ahli keluarga familymaskuri DIHARAP-HARAP SANGAT DAPAT memberikan cadangan dan komen dalam post nie (aku harap post ni paling atas sehingga family day) ..kalau senyap nanti, takut tak terurus...

jom family!



Wednesday, November 4, 2009

Tips Menjaga Luka Pembedahan (Cesarean)

Salam..ni ade sket panduan untuk ibu2..harap dpt membantu..

Tahniah Zaki dan Wasilah


Tahniah Kepada Bro Zaki dan Wasilah kerana baru saja memperolehi seorang cahaya mata puteri pada semalam 3/11/09 pada Jam 4:32 PM di hospital pakar Sultanah Fatimah Muar.
Semoga Allah mengurniakan anda Rezeki berterusan dan melancarkan perjalanan hidup mu. AMIN....

gambar ihsan dari Zaki via FB ;)

Wednesday, October 28, 2009

MINTA PERHATIAN SEMUA!!!!

Minta perhatian kepada semua ahli2 dana...

Sebagai org yg diamanahkan utk memegang wang dana,aku mengumumkan pembekuan sementara pinjaman dana berkuat kuasa serta merta hari ini..
kerana wang simpanan dana telah kembali susut ( kurang dari rm1000 )....

So kepada sesiapa yg masih ada hutang tertunggak tu diharap dpt membayar semula pinjaman pd setiap bulan ( Tak bnyk sikit pun jd le.. ) supaya dana ni dpt membantu kita semua pd masa dpn ( time2 terdesak ler...)..

Aku harap semua boleh memberi kerjasama..Ini kerana dana nie byk memberi kepentingan kpd kita semua.....

Terima Kasih...

P/s: sebarang pertanyaan ttg baki akaun utang tu bleh sms aku..

Wednesday, October 21, 2009

Khas utk Lelaki...hehehe...

PETUA MENAMBAT HATI ISTERI

  • Sentiasa berdoa agar disayangi
  • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiata isteri sepanjang hari.
  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian berkualiti terhadap isteri.
  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali-sekala.
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya)
  • Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bertindak atau bergerak.
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefom rumah.
  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
  • Apabila hendak keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, atau sekadar ingin memberitahu “AKU CINTA PADAMU”
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali-sekala.
  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.
  • Jika “outstation”, telefon isteri beritahu nombor telefon tempat penginapan dan beritahu anda sudah selamat sampai.
  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum masuk tidur bersama.
  • Urut belakang isteri sekali-sekala.
  • Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di khalayak ramai.
  • Lebihkan isteri dari anak-anak.
  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
  • Seeloknya masuk tidur serentak.
  • Belay isteri sebelum pergi kerja.
  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
  • Lakukan riadah bersama isteri.
  • Bawa isteri pergi berkelah sekali-sekala.
  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.


Thursday, October 15, 2009

Raya Korban

Salam semua.. sorry sbb lately jarang buat entry kat blog ni... bukan apa topik pun kurang nak dibincangkan selain bz sikit ngan keje...
So, aku dengar ada yg nk buat korban tahun ni... sapa tu ye? kalau ada elok la tu... seronok gak ramai2 melapah lembu... giliran aku tahun depan kot... dah pasang niat tu insyallah terlaksana... ok jugak kalau tiap2 tahu ada aktiviti korban...
Berkenaan dgn family day tu apa cerita? sape ahli jawatankuasa tu? event apa yg nk dibuat utk bebudak dan mak bapak budak? ada 2 hari kat sana tu... so pandai2 la plan yer...
Lg satu aku rasa dah lama kita x buat tahlil kat kg... korang x de perancangan nk buat ke?
Adios...

Wednesday, October 7, 2009

Semoga Berjaya untuk PMR Candidate

Kepada sape2 yg amik PMR (yg aku tau apis sorang) family maskuri mengucapkan selamat maju jaya.... hadapilah exam dengan tenang diiringi doa ibu bapa ...
semoga kejayaan milik anda... Aminnnn

Saturday, October 3, 2009

Hundreds flock to house after prayer mat floats (kuasa Allah)


Magic act: Residents looking curiously at the floating prayer mat shaped like a woman performing prayers at Mohamad Shuhaimi's house in Permatang Pauh, Friday.

BUKIT MERTAJAM: Hundreds of people have gone to the house of a Malay couple in Taman Haji Mohd Amin in Permatang Pauh since Thursday after they heard that a prayer mat there had apparently floated.

The crowd started to turn up at the house of Mohamad Shuhaimi Md Ilias and his wife Zainab Ramli, both 26, after news of the phenomenon began to spread rapidly.

The couple had apparently seen the prayer mat floating at about 9.30pm on Thursday.

Mohamad Shuhaimi, a despatch rider, said that several minutes before the incident, he and Zainab were discussing their house’s ‘‘kiblat’’ (Islamic prayer direction).

He said he told his wife to shift the direction of their ‘‘kiblat as it was different from the nearby mosque’s ‘‘kiblat’’.

“However my wife did not agree with me and she insisted that the kiblat in our house was accurate,” said Mohamad Shuhaimi.

He said after the discussion he unrolled the mat inside their prayer room before taking his daughter to the bathroom to bathe her.

”While I was bathing my daughter, my wife called me to say the prayer mat was ‘standing’ on its end. We were stunned as neither of us had touched it,’’ he said.

A team from the state religious department visited the house after Friday’s prayers.


Wednesday, September 30, 2009

Perodua MPV...Berminat??

Mcm cantik je ni.... apa lg abe mat ke Bro Aj ke.. tempah la satu... hg dlm 60k jeee..














Tuesday, September 29, 2009

Gambar Raya

Aku dah upload beberapa ratus keping gambar raya utk tatapan semua... just klik below link:

http://picasaweb.google.com/slu969/RAYA2009#


http://picasaweb.google.com/slu969/Raya200902#


Yg lain2 nnt aku upload.. den x sempat keje banyak

Sunday, September 27, 2009

Happy Birthday to Ana n Amirul




Happy Birthday yg ke 17 utk Ana dan yg ke 10 untuk adik kesayangannya Amirul...
Semoga berjaya di dalam SPM untuk Ana dan Belajar rajin2 untuk Amirul...

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITR


Andai jemari tak sempat berjabat, andai wajah tak dapat bertatap, seiring beduk yang bergema, seruan takbir yang berkumandang, kuhulurkankan salam menyambut hari raya iaidil fitri, jika ada kata serta khilafku membekas lara, mohon maaf Zahir dan batin..

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan. Jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan saling memaafkan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas: Ipin, Ida, Dinie & Dania......

Tuesday, September 15, 2009

Blog Rasul Melayu..

Sekarang Rasul pun dah ada blog sendiri.. siap ada gelaran Haji lg...
kalau sesapa yg nk tgk blok tu sila le klik kat bawah ni... jgn terpengaruh sudah.... yg pasti komen2 dlm blog tu semuanya merupakan maki hamun tahap gaban termasuk le aku yg tumpang sekaki... heheh


Ada jugak org percaya si bengong ni...

Lagu meruntun jiwa

Lagu sedih anak2 Aceh yg kehilangan keluarga semasa Tsunami. Memang betul2 sedih mendengarnya...


Monday, September 14, 2009

Lailatul Qadar.......

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku. "Kenapa?" tanya Abah. "Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah. "Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?" Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. "Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya. He..He..He..

Tuesday, September 8, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Sempena nak raya ni aku membuka thread untuk kiriman ucapan hari raya untuk sedara mara yg jauh yg dekat yg bau-bau bacang dan sebagainya cewahhhhh.... so boleh le kita start bermaaf-maafan di alam maya ni yer memandangkan satu kad raya pun posmen x de hantar huhuhu...
Aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini dan semoga ramadhan dan Syawal kali ini akan lebih bermakna...

Thursday, September 3, 2009

Raya Agenda

Raya is around the corner... org gomen kena berbelanja berhemah sbb x dpt bonus.. huhuuh.... so paham2 la ya kalau bebudak dpt duit raya sorang 50 sen tahun ni.. hehehehe....
tak kisah le ada duit ke tidak raya ni kan.. yg penting boleh happy n jumpa each others...
so raya kedua mlm tu dgr ceritanya ada event yg menarik jugak.... ada barbecue, tukar2 hadiah dan sebagainya... kalau ada yg cam tu bagus ler... tp apa plannya tu? hadiah range berapa harga dsbnya... so buleh le komen2 kat sini sikit




Wednesday, September 2, 2009

Mencari susur galur

Salam semua... aku baru lepas bukak myheritage.com n dah update bnyk gambar2 dan susur galur sebelah mak ngan ayah... yg lain2 x update lg tu diharapkan dpt masukkan gambar ngan birth date masing2 dan dgn alamat email sekali ... kalau sesape yg tau pasal susur galur yg lain atau nak add in susur galur sebelah keluarga sendiri contoh susur galur isteri atau suami adalah dialu-alukan.
Sesapa yg tau nama2 sepupu kita yg lain tu pun dialu-alukan berbuat demikian.. contoh anak moklong ke anak mokde ke, anak mak we ke dsbnya...
mana tau esok-esok boleh buat gathering ... mesti ramai gila....

Untuk register my heritage sila klik kat tajuk kat atas tu...

Tuesday, September 1, 2009

Hadiah Kemerdekaan ke 52

Harga petrol utama negara, RON 95 akan dijual pada harga RM1.80 seliter, naik lima sen berbanding harga asal ketika prapelancarannya Mei lalu iaitu RM1.75, manakala RON 97 dijual pada harga RM2.05.

Petrol gred baru itu akan diguna pakai di semua 3,500 stesyen minyak seluruh negara, bermula hari ini menggantikan petrol RON 92 yang kurang mendapat sambutan dan RON 97 dinaik taraf menjadi produk premium.

Kenaikan tidak ketara itu bagaimanapun dianggap tidak membebankan rakyat berikutan kerajaan sudah menanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan.

Selaras itu RON 97 yang diperhebatkan akan menjadi petrol pilihan untuk pengguna kenderaan berkuasa tinggi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau percaya penggunaan petrol RON 95 mampu memenuhi permintaan berdasarkan kelebihannya yang tidak menjejaskan enjin kereta nasional setanding kenderaan import.

** Tunggu apa pulak yg naik lepas ni

Wednesday, August 26, 2009

Happy Birthday utk Kak Wai

Happy Birthday yg ke ... ntah utk kak wai...
semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan baby girl....
abe mat x de apa2 ke utk kak wai? hehehe



Tuesday, August 25, 2009

Majalah baru Zunar usik PM

Majalah baru Zunar usik PM
kemaskini 1.36pm Kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque akhirnya
kembali bergelumang bersama dunia kreatif melalui majalahGedung Kartun
setelah meninggalkan organ PKR Suara Keadilanbeberapa bulan lalu.

Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung dwibulanan itu
memaparkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tersilap
mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara
(foto ).

Edisi awal September kini sudah berada di
pasaran.

Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan
artikel berbentuk satira politik oleh ramai
penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni
alternatif antaranya Hishamuddin Rais,
Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang
kini lantang menentang dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) turut menyumbang
rencana dalam Gedung Kartun.

Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12
kartunis sambilan, antaranya Cabai yang
sebelum ini terkenal dengan siri
"Tiga Dara Pingitan" (foto kanan).

Edisi sulung ini menyentuh pelbagai isu semasa,
antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya,
dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA.

"Kita juga akan muatkan kartun istimewa karya Dr Farish A Noor," kata
Zulkiflee atau lebih popular dikenali Zunar, tanpa mendedahkan karya
pengamat politik itu.

Dihubungi Malaysiakini baru-baru ini, kartunis terkemuka itu berazam menerokai
pasaran genre berkenaan dengan tema "kartun alternatif" kerana, menurutnya,
ia mempunyai pasaran yang besar.

"Ini yang pasaran mahukan. Kita lihat di Internet dan blog, banyak kartun
berbentuk humor sebegitu.

"Ia bentuk yang orang suka, cuma tidak ada orang buat," katanya, yang
bertindak sebagai ketua pengarang, yang terkenal dengan "kartun hidung besar"
bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya perbezaan menguruskan sebuah akhbar politik dan majalah kartun, Zunar berkata: "Tukar medium sahaja".

Menurutnya, idea menerbitkan majalah kartun dengan konsep sebegitu telah
lama dirancang tetapi baru menjadi kenyataan kerana kesuntukan masa.

Dengan cetakan pertama sebanyak 10,000 naskhah, majalah tersebut akan
berada di pasaran dua kali sebulan – pada 10 dan 20 hari bulan.

Majalah 68 halaman, terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd itu dijual di seluruh
Malaysia dengan harga RM4 (Sabah dan Sarawak RM5).

Zunar, yang turut menyumbang karyanya kepada Malaysiakini, meninggalkan
Suara Keadilan pada Mei lalu setelah empat tahun bertugas - dipercayai
mangsa politik dalaman elit PKR.

Monday, August 24, 2009

Majlis gathering berbuka puasa

Abe Mat the slaughter sedang menyiang ayam

Majlis gotong royong yg sibuk disebabkan kedai proses ayam tutup

satu lagi mangsa... sponsor by zul n zue

muka roti jala ;)

Allahuma laka sumtu wa bika amantu....



Cuma bro AJ n Family je yg terlepas majlis ni..... x pe bro.. next week wa blk kg lg :)... kita jumpa di sana...

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

" Ramadhan itu awalnya Rahmat
Pertengahannya keampunan
Penutupnya bebas dari api neraka"

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Moderator : Familymaskuri.blogspot.com

Wednesday, August 19, 2009

Happy Birthday

Selamat Hari lahir yg ke ... utk Hairul Mizan ( 19/8)
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...
Happy Birthday jugak pada Ida ( wa munye mini ) pada
hari esok 20/8....
( Nasib baik kek dania ada lg dlm peti Sejuk, utk direcycle, hehe)
Wish you all happy birthday....

Monday, August 17, 2009

Wajah Baru

Sempena Bulan Puasa dan Hari raya ni aku sedang menjalankan kerja2 upgrading blog ni supaya kelihatan lebih segar... so kalau bnyk widget yg missing tu sabar je dulu yer....

Sunday, August 16, 2009

Selamat Hari Jadi Dania

Semalam 15hb Ogos genap 3 tahun anak no 2 aku Iman Nurdania Hamra...
Mcm. biasa budak zaman sekarang ni advance sbb terlampau bnyk tgk kartun... mcm2 yg dimintak.... utk x menghampakan aku beli la jugak kek utk dia.. kitorg celebrate sendiri je la.. maklum le nk celebrate kat kg, kg dah jauh.... minggu dpn dh puasa pulak....
Happy birthday utk Iman Nurdania Hamra....






Saturday, August 15, 2009

Mari Belajar Bahasa Jawa

MelayuJawaMelayuJawa
abangkakangabuawu
adab sopantotokromoadikadik
agamaugomoairbanyu
akaroyotanai-anairayap
anakanakandainek
anjingasuapaopo
apigeniarangareng
atasndu'urawakko'e
ayahbapakayamayam/pitik
atauotowoazimatjimat
bacabocobabi / khinzirceleng / gendos
badakbadakbaikapik
bagaikoyokbalung (cth balung ayam)jengger
bakiturahbalingbalang
balasbalesbangkit (dari tidur)tanggi
bandarmbandarbajabojjo
bangkaibat'tangbaramowo
bantutulungbangunmenyat
baruanyarbantat (cth kuih tak naik @ keras)bantat
bantutkunttetbasi (cth makanan semalam)sayup
baringturonbatukwatuk
basahtelesbawagowo
basuhkumbahbayambayem
baumambubawahngisor
berika'ibecaklecak
bedakwedakbediltembak
beginikoyo ngenebegitukoyo ngono
belanjabelonjobeliaude'ea
belakangmburibelituku
belalangwalangbelangbelang
belukaralasbelutwelut
bengkakabohberandaanjung
benihwinihberaniwani
bekas (utk mengisi cth mangkuk)wadahbekas (cth bekas murid)tilas
berapapirobelumurung
berakngisingberniagadho'dhol
berangngamukbersihresik
berhenti (cth berhentikan kenderaan)mandekberhenti (cth berhenti kerja)liren
beruduceblongbetik (buah)kates / gandol
betulbener / tenanberukke'tek
bersinwahingbetul-betultemenan
besargedibiasabioso
biarbenbicarangomong
biarkanujak'kéybisulut'hun
biawakmencawakbohongngapus
bilakapanbodohbongok / kemplu
biji (cth nangka,cempedak)betonbuaiyun
bolehkenoburukelek
buculingirbuangguang
buayaboyobudakbocah
bukanud'thubuluhpring
bulatbuletbungsuragil
bungakembangbutabuto
buntingmeteng
cabai / cililombokcabutjabut
cacingcacingcaircaér
cakapomongcalitselet
campakuncalcangkungndodok
cantikapikcawancangkir
catcetcaringolek
cekurkencurcelikmelek
cebiscuilcemarkotor
cemburumariecendawanjamur
cempedakcemedakcengkungkempot
cengkerikjangkrikcepatendang / gelis
cerai (perkahwinan)pegatcelakaciloko
ciumambungcicirkécér
cicakcecekcuailengah
comotlettekcubajajal
cucuputucuricolong
cungkilompelcumanggor