Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Kepada semua warga FM, selamat tahun baru 2012 diucapkan.. semoga thn 2012 akan lebih baik dari tahun 2011.. insyallah....

Selain itu, sempena tahun baru dan azan baru dan juga sempena ulangtahun saya pada 1hb jan, maka saya ingin mempromosikan produk baru saya iaitu :



Saya bernaung di bawah Raudhah Agency yang memberikan service di antaranya :
Family Takaful ( eTIQa Takaful)
Business Takaful
Contractor Takaful
Unit Trust
Gold Investment
Insurance / Roadtax ( tanpa geran dan dijamin sampai dlm tempoh 24jam)

Sesiapa yang berminat silalah berhubung dengan saya , agen yang mesra, professional dan peramah.
Sekian Terima kasih

Tuesday, December 20, 2011

WELCOME TO LOTUS DESARU BEACH RESORT


Direction to this place, please click below link ( from Muar )
distance : 242KM
GPS coordinate : 1°33'50"N   104°15'5"E

http://maps.google.com/?ie=UTF8&ll=37.0625,-95.677068&spn=38.638819,79.013672&t=m&z=4&vpsrc=1

yang ini pula laporan kaji cuaca di desaru masa tarikh event... berhati2 memandu yer..


My family will not join the convoy as i will drive straight away from Kuantan to Desaru.

- Untuk keselamatan semua dilarang mandi di pantai memandangkan keadaan cuaca yg buruk (     semalam ada 2 org lemas di pantai desaru )
- Berhati-hati memandu di musim hujan
- kopi 434 jangan lupa bawak hehe..
- time check in pukul 2.00 pm
- yg bawak balong kami mengucapkan berbanyak2 terima kasih dan jgn lupa pil mabuk jenama novomin
- kambing kat kampung dah ada penjaga ke masa org tak ada? hehe

happy holiday untuk tahun yg ke -4 ( kita akan buat grand sikit untuk ulang tahun ke 5 tahun depan ) hehe

Monday, December 12, 2011

~ Riang Ria family day 2011



Asslamualaikum w.b.k / salam sejahtera

ok..kat tajuk ni kita akan memberi info2 terkini mengenai family day kita yang akan berlangsung di desaru johor pada 24-26 disember 2011.

jadi aku harap semua dpt involve dlm blog ni untuk update info dari masa ke semasa..komen2 yang tidak berkaitan akan diremove yer...

Wednesday, November 16, 2011

Majlis Kenduri Aqiqah

Salam....
Okey memandangkan majlis yan akan berlangsung thn dpn (insyaallah) jd rasanye kita stop sebentar la perbincangan pasalnya.Mari la kita berbincang pasal Majlis kenduri Aqiqah Aqil Lutfan pd 26/11/2011 ( Sabtu )..Aku dgr ipin & zul x dpt balik..Kak ilon x pasti lg..Yang lain2 balik tak?Menunya aku tak pasti..tp biasanya kalu aqiqah nie kambing masak yg manis2..So aku nak minta pendapat la setuju tak kalu kita beri sedikit sumbangan pd mak. (maybe mak nk wat menu tambahan ).tak byk sikit...ikut kemampuan memasing..tak de paksaan..apa yg penting ikhlas...

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Bertunang

Kami mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga Family Maskuri, Maaf zahir dan batin... semoga segala apa perbuatan yg baik kita lakukan beroleh keberkatan AllahWarga Family Maskuri juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yan yang akan melangsungkan pertunangan pada hari raya aidiladha ini...



Wednesday, November 2, 2011

Adakah Banjir 2011 akan lebih teruk dari 2006?

Topik kali ini membincangkan perihal banjir... teringat banjir besar 2006 di johor yang menyebabkan terputusnya hubungan dgn tempat2 lain di samping cerita buaya yang entahkan betul atau tidak...persoalannya di jangka banjir 2011 akan lebih teruk sejak sedekad yang lalu, adakah ini menandakan kita semua akan beraya di sekolah atau di rumah kak wai sekali lagi... kita tunggu dan lihat...
ada org kata kalau nak tau banjir akan berlaku sila tgk semut yang selalu berkeliaran di rumah dan sarangnya, sebab kalau semut tersebut tak ada bermakna akan berlaku banjir kerana semut2 tersebut telah awal mengetahui akan berlaku banjir dan berpindah ke tempat paling tinggi, mungkin di atas pokok... kata orangla...
walau bagaimanapun diharapkan banjir seperti 2006 tidak berlaku dan penduduk  boleh meneruskan kehidupan seperti biasa... kambing2 jugak perlu diberi perhatian kerana musim2 banjir ni kambing2 senang mendapat penyakit terutamanya pneumonia dan kembung perut...
so kepada semua diharapkan dapat bersedia sekiranya berlaku banjir besar pada tahun ini...

Thursday, October 27, 2011

Undangan Majlis perkahwinan Kak Ros

Kepada semua Family Maskuri, kak Ros jemput semua ke rumahnya sempena perkahwinan anaknya Oya pada 13hb Nov 2011. Alamat kena refer pada kad jemputan... Ini adalah pesanan dari mak yg suruh publish dlm Blog... ( Jap lg mak jd blogger la tu ) Sape2 yg berada di KL dan sekitarnya tu rajin2 la datang yer... TQ

Wednesday, October 26, 2011

New Born di malam Deepavali

berita baik... mlm td seekor lg kambing melahirkan sepasang anak kembar jantan dan betina... bapak tidak diketahui siapa.... memandangkan dia lahir di malam raya deepavali.. kita namakan dia Raja dan Dewi.. hahaha


Tuesday, October 25, 2011

New Look

Ok.. diam x diam blog ni dh 3 thn dan 3 bulan... utk tidak membosankan aku tukar sikit background tu mengikut keadaan semasa... sape yg rasa x ok tolong bg cadangan...tq

Wednesday, October 19, 2011

aktiviti @ ponorogo


Assalamualikum w.b.k..

sperti yang kita maklum, bahawa ada beberapa aktiviti kat kg dr bln 11-12 nie...agaknya la..heheheh..antaranya adalah bdk paling last kt umah kita tu (yan ulat tenggek) yang akan dirisik oleh teman tapi mesranya..muahahaah..bertunang la tu..so stakat ni aku pun x brapa clear psl tarikh dan masanya...kena tanya tuan punya badan la..

pastu napi pulak plan nak buat akikah untuk anaknya (lutfan)..tarikhnya pun aku kurang pasti lagi..kena tanya mak la jugak yer..

so lepas tu bersiap siaga utk family day......so sila sertakan komen yang bernas yer agar perjalanan majlis ini dimudahkan..amin..

Monday, September 12, 2011

Rombongan FamilyMaskuri ke Kuala Lumpur

Salam...

Berkenaan beraya ke KL nie apa so planning nyer..tarikh 23/9 bertolak tu mmg dh kompom yer..so sapa2 yg bertolak jumaat mlm or sabtu pg tolong kompomkan & yg penting nk pi umah sapa dulu..kena bincangkn sbb bak kata kak aii senang dia nak planning utk masak dinner ker,lunch ker,breakfast ker..kan kak aii..kan..kan..hehehehe...

Tuesday, September 6, 2011

gambo raya unedited version

korang tgk la... banyak org lain yg ambik gambo ni... aku thn ni malas sikit nk shoot hehe

Wednesday, August 24, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

FAMILY MASKURI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN....
SESIAPA YG MEMANDU TU BERHATI-HATI DIJALAN RAYA... 
JUMPA SEMUA DI KAMPUNG PADA MALAM RAYA KEDUA.. INSYALLAH..



Friday, August 12, 2011

Monday, August 1, 2011

Family Maskuri mengucapkan semalamt berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.."Ramadhan itu diawalnya rahmat, dipertengahannya maghfirah dan diakhirnya pembebasan dari api neraka". ...(Riwayat Ibnu Huzaimah)



Sunday, July 10, 2011

HARI RAYA

Salam.. kita lupakan sebentar family day sbb dh pun ada conclusion... so kita tumpukan pulak pd raya... thn ni giliran korang balik rumah mak metua di raya pertama... so apa plan? mungkin kita dpt berkumpul samada di raya kedua atau ketiga... dgr kata nk buat bbq kambing tu jadi ke x? tp tu kena share2 beli kambing la ye... yg lain2 tu bincang2 la yer.. sape2 yg plan nk beli tudung tu jgn beli ye dulu sbb mcm biasa supplier tudung time raya akan muncul.. hehe

Friday, June 10, 2011

Family Day 2011

Oleh kerana topik pasal family day ni dh senyap sunyi jd aku bukak la topik nie semula..(sebenarnya atas permintaan kak aii...hehehe...)..topik nie sambungan dr topik yg paling panjang & hangat..so stakat nie ada 2 tmpt pilihan utk family day


1) Pulai Spring

1. harga apartment 3 bilik 3d2n - 850
2. memerlukan 4 apartment - 3400
3. so total satu family - 3400/13 - RM260 mcm tu.. tu hotel saja ya.. termasuk breakfast utk 24 org.
so lunch and dinner nanti harga lain plak.. so somebody suggest la mcm mana lunch and dinner.

2) Lotus desaru

yg nie kak aii lom kompomkan..berapa arganya...tp kata kaa aii ada waterpark..cam best jer..

undian diperlukan dgn segera utk memudahkan kak aii membuat tempahan bilik..takut x dpt hotel nnti kalu lmbt2..



Wednesday, June 8, 2011

Cerita Mesin Basuh

Utk makluman semua mesin basuh mak yg telah memberi manfaat kpd kita semua selama ini telah mengalami kerosakan.Perbincangan secara tak formal telah dijalankan dan dipersetujui untuk membeli mesin basuh yg baru bg menggantikan mesin basuh yg lama..Oleh tu semalam kak dila telah membeli mesin basuh baru jenama samsung,13kg automatik sepenuhnya berharga rm1299.Keputusan yg dibuat adalah dgn mengeluarkan dana sebyk rm500 .bakinya sebyk rm799 akan ditampung oleh family dgn jumlah rm10 sebulan selama 7 bln.Namun begitu sumbangan yg diberikan tiada paksaan kerana yg penting adalah keikhlasan..semoga semuanya memberi manfaat kpd kita semua..

p/s:gambar diatas sekadar hiasan saje..Dila tk send lg gmbr sebnr mesin basuh tu..

Monday, May 30, 2011

TAHNIAH BUAT LIZA DAN MIZAN

TAHNIAH KERANA BARU SAJA MELAHIRKAN ANAK KEDUA. PEREMPUAN JUGAK.. SAPA2 YG ADA KAT SANA TU TOLONG UPLOAD GAMBO..
p/s : Dila baru je upload gambo..

Monday, May 16, 2011

Friday, March 25, 2011

Wednesday, March 16, 2011

meeting kambing

Kepada Family Maskuri, aku rasa valid jugak utk kita diskus pasai perkembangan kambing kita kat dlm blog ni... so gathering ari tu antara agendanya adalah pasai kambing dan aku dgr kandang kambing tu dh bersih mcm taman bunga hahaha...
so apa progress ni... dgr nk tambah kambing lg betul ke?? ada apa2 idea yg lain x? contoh kita beli kambing lain bg tujuan aqiqah utk fast money nk cover makanan .... nk supply dedak n ubat-ubatan dsbnya....
sekian

Wednesday, March 2, 2011

MAC 2011-MAKAN-MEETING


ok, salam kepada semua ahli familymaskuri..

setelah berfesbuk dengan kak rohai tadi, maka wujud la beberapa cadangan yang boleh dikongsi untuk bulan mac ini..antaranya yang utama adalah untuk mengadakan majlis makan2 (bkn makan damai) pada sebelah malam..tujuannya untuk mengeratkan sillaturahim (tapi dilarang mengumpat time makan)..dicadangkan kita buat dengan berkatering la..order dan makan sahaja.jadi kita share la sorang sikit..butir-butir adalah seperti berikut :

Tajuk : makan katering bersama kambing
Tarikh : 12.03.2011 (sabtu malam ahad)
Masa : 8.00 malam
Tempat : foyer umah mak

Kebetulan tarikh tu pun genap 6 tahun arwah ayah meninggal..jd blh la buat tahlil ringkas jer...harap sangat2 semua ahli keluarga familymaskuri dapat berkumpul dan mengimarahkan kan lagi umah mak tue..lagipun cuti sekolah maaaa..

Seterusnya dlm tempoh 2,3 hari tu jugak (12-14 mac) akan ada mesyuarat mengenai petermas (bkn peter stuyvesant yer)...mintak berikan kerjasama mereka yg bersaham kambing ini untuk hadir ke mesyuarat tersebut..tp dtg mesyuarat ni tak dpt baju dgn topi tau...hahahaaha..

itu jer la yer untuk bulan mac nie..dialu2 kan sebarang cadangan dan komen di post ini...

sekian, terima kasih

p/s : jgn lupa daftar mengundi..muahahahahahah

Friday, February 18, 2011

Alfatihah

Keluarga Family Maskuri Mengucapkan  Takziah kepada Zuraini Othman di atas pemergian Bapa tersayang ke  Rahmatullah pada hari Khamis 17 Feb 2011 bersamaan 14hb Rabiul Awal 1432 H. Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan beliau di alam Barzakh, semoga mendapat syafaat dari Allah SWT.

Di bulan Feb ni jugak genap 6 tahun pemergian Arwah Ayah ke rahmatullah, semoga doa anak-anak sentiasa berada di samping roh arwah ayah. Alfatihah




Wednesday, February 16, 2011

SELAMAT HARI JADI EMAK

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan...

Sajak untuk Ibu:

Ibu…..                                                                    
Pengorbananmu.. laksana titisan embun
Terhidang di dada subuh
Meresapi ranting-ranting
Umbut usia pagi…..
Ibu…..
Di atas jalan semalam
Bayi anakmu
Kau hiasi pada mata dan telinga
Kuntum-kuntum wangi
Yang terbau keharuman
Bicaranya mengalir air mata
Ibu…..
Membesarnya anakmu
Dalam usia restu musim
Bersama tinta doamu
Di muka awan
Bersama jelmaan pelangi
Tangan ibu yang tak ternilai
Ibu…..
Betapa kebanggaan
Mengharum di kamar hati
Nyanyian ibu lembaran lama
Selembut maya
 Kedewasaan ibu
Pasti belum mengenal ketuaan
Di hujung senja ini
Sekepal hati
Cair di kaki
Ibu…..
Mengertilah
Jari-jari anakmu yang pendek
Adalah serpihan kuku ibu
Buat pengertian….
Masa demi masa

Selamat hari jadi Ibu... dan selamat hari jadi Zue
p/s : Sajak untuk Zue? ( suruh laki dia buatkan la hehehe)

Monday, February 7, 2011

PENGURUSAN HAL EHWAL EMAK DI KAMPUNG



Assalamualaikum WBT, bertemu kembali saudara/i sekalian....
Tamatlah sudah Majlis Kenduri Kahwin Dalilah tanpa sebarang incident yang tidak diingini. Oleh yang demikian family maskuri ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang adik beradik, ipar duai saudara mara yang bertungkus lumus tanpa mengira hujan dan panas demi menjayakan majlis perkahwinan Dalilah ini... lepas ni kita tunggu upacara perkahwinan terakhir iaitu Yan ( tu pun kalau mak ngan balong x de plan nk kawin ). Tanpa anda semua apalah ertinya blog ini...


Thread kali ini akan membincangkan tentang keperluan emak dan balong di kampung memandangkan tinggal mereka berdua je yang duduk rumah tu + Mizan sekali sekala dan jugak adik beradik yg lain yg mungkin datang sekali sekala...maklum la masing2 dah ada family dan jugak rumah sendiri... oleh itu kita memerlukan perbincangan yang serius tentang hal ehwal emak dan balong. Di harapkan kita dapat bermuafakat ke arah kebajikan mereka berdua. Ada 2 perkara utama yang perlu dibincangkan di sini :
1) Bil-bil di rumah
2) Sumbangan untuk emak ( ni kira imbuhan balas jasa la ni )


Emak pun ada bg tau aku dia nk pergi Umrah dengan Mokde Yam tp aku x tau status dia mcm mana... mungkin u all boleh bg idea... samada nk bg secara collective adik beradik setiap bulan dengan sorang jd pemegang amanah ataupun nk bg terus dgn mak secara individu ( kalau bg sekaligus nmpk mcm bnyk kot hehe)... so  pakat bincang adik beradik la ye... ni bukan memaksa, emak pun x pernah mintak, yang penting keikhlasan x kira berapa banyak kita bg... kita pun faham kadang2 kita pun ada kekangan kewangan... sekian


P/s : 17/2 ni umur emak genap 70 thn.......





Friday, January 14, 2011

~ Raikan Cinta - Dila & Halim~




salam sejahtera.....

Memandangkan majlis perkahwinan ini akan berlangsung tidak lama lagi, jadi proses diskus di sini amat diperlukan oleh semua ahli familymaskuri..maklum ler masing2 bz dan tak dpt balik..so kena ingat kat mak ngan balong yg sdg struggle kt umah tu..(mak tau ker maksud struggle ni mak?haahahahah) .jadi apa2 yg dicadangkan & diperlukan boleh la diskus kat sini..seperkara lagi mintak pengantin supaya meng update majlis punya flow nanti..contohnya : angkat kemah ker, pinggan mangkuk ker, nikah bila, pkul brapa, sanding, mlm berinai ker, rewang ker supaya family yg lain senang nak set mind & time...so harap dapat beri kerjasama...sapa2 yg dpt cuti awal amat dialu2 kan...tp mcm aku ni, awal2 tahun ni susah sket nk cilok cuti..!

p/s : bersiap sedia dengan payung dan canvas kat luar umah mak, kerana musim ujan telah tiba...........

TQ......

Wednesday, January 5, 2011

Walimatul Urus Dila


salam,

kalau ada apa2 perbincangan, sila berbincang didalam post ini..kepada pengantin, sila update apa yang patut dlm post ini yer..satu lagi mengenai t-shirt..kepada ahli keluarga dan ipar LELAKI sahaja yang disponsor oleh dila (maklum la budget2)...yang perempuan atau sapa2 yang berminat dengan t-shirt ini boleh la order..tarikh tutup sebelum 9 januari 2011..harganya RM15.00 sahaja.

sekian, terima kasih dan selamat beramal..

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 & Selamat Hari Lahir Ipin

Salam.....

Tahun 2011 dah datang!!!...FAmily Maskuri Mengucapkan selamat tahun baru kpd suma ahli kuarga...Apa azam korang suma tahun nie????Azam aku nak settlekan azam tahun2 yg sudah..hehehe...so aku harap azam2 koramg suma tercapai la tahun nie...& x lupa jugak aku nak mengucapkan selamat hari lahir utk ipin...semoga pjg umur & dmurahkan rezeki & berbahagia dsamping kuarga tersayang.....aminnn......