Wednesday, September 30, 2009

Perodua MPV...Berminat??

Mcm cantik je ni.... apa lg abe mat ke Bro Aj ke.. tempah la satu... hg dlm 60k jeee..














Tuesday, September 29, 2009

Gambar Raya

Aku dah upload beberapa ratus keping gambar raya utk tatapan semua... just klik below link:

http://picasaweb.google.com/slu969/RAYA2009#


http://picasaweb.google.com/slu969/Raya200902#


Yg lain2 nnt aku upload.. den x sempat keje banyak

Sunday, September 27, 2009

Happy Birthday to Ana n Amirul




Happy Birthday yg ke 17 utk Ana dan yg ke 10 untuk adik kesayangannya Amirul...
Semoga berjaya di dalam SPM untuk Ana dan Belajar rajin2 untuk Amirul...

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITR


Andai jemari tak sempat berjabat, andai wajah tak dapat bertatap, seiring beduk yang bergema, seruan takbir yang berkumandang, kuhulurkankan salam menyambut hari raya iaidil fitri, jika ada kata serta khilafku membekas lara, mohon maaf Zahir dan batin..

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan. Jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan saling memaafkan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas: Ipin, Ida, Dinie & Dania......

Tuesday, September 15, 2009

Blog Rasul Melayu..

Sekarang Rasul pun dah ada blog sendiri.. siap ada gelaran Haji lg...
kalau sesapa yg nk tgk blok tu sila le klik kat bawah ni... jgn terpengaruh sudah.... yg pasti komen2 dlm blog tu semuanya merupakan maki hamun tahap gaban termasuk le aku yg tumpang sekaki... heheh


Ada jugak org percaya si bengong ni...

Lagu meruntun jiwa

Lagu sedih anak2 Aceh yg kehilangan keluarga semasa Tsunami. Memang betul2 sedih mendengarnya...


Monday, September 14, 2009

Lailatul Qadar.......

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku. "Kenapa?" tanya Abah. "Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah. "Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?" Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. "Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya. He..He..He..

Tuesday, September 8, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Sempena nak raya ni aku membuka thread untuk kiriman ucapan hari raya untuk sedara mara yg jauh yg dekat yg bau-bau bacang dan sebagainya cewahhhhh.... so boleh le kita start bermaaf-maafan di alam maya ni yer memandangkan satu kad raya pun posmen x de hantar huhuhu...
Aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini dan semoga ramadhan dan Syawal kali ini akan lebih bermakna...

Thursday, September 3, 2009

Raya Agenda

Raya is around the corner... org gomen kena berbelanja berhemah sbb x dpt bonus.. huhuuh.... so paham2 la ya kalau bebudak dpt duit raya sorang 50 sen tahun ni.. hehehehe....
tak kisah le ada duit ke tidak raya ni kan.. yg penting boleh happy n jumpa each others...
so raya kedua mlm tu dgr ceritanya ada event yg menarik jugak.... ada barbecue, tukar2 hadiah dan sebagainya... kalau ada yg cam tu bagus ler... tp apa plannya tu? hadiah range berapa harga dsbnya... so buleh le komen2 kat sini sikit




Wednesday, September 2, 2009

Mencari susur galur

Salam semua... aku baru lepas bukak myheritage.com n dah update bnyk gambar2 dan susur galur sebelah mak ngan ayah... yg lain2 x update lg tu diharapkan dpt masukkan gambar ngan birth date masing2 dan dgn alamat email sekali ... kalau sesape yg tau pasal susur galur yg lain atau nak add in susur galur sebelah keluarga sendiri contoh susur galur isteri atau suami adalah dialu-alukan.
Sesapa yg tau nama2 sepupu kita yg lain tu pun dialu-alukan berbuat demikian.. contoh anak moklong ke anak mokde ke, anak mak we ke dsbnya...
mana tau esok-esok boleh buat gathering ... mesti ramai gila....

Untuk register my heritage sila klik kat tajuk kat atas tu...

Tuesday, September 1, 2009

Hadiah Kemerdekaan ke 52

Harga petrol utama negara, RON 95 akan dijual pada harga RM1.80 seliter, naik lima sen berbanding harga asal ketika prapelancarannya Mei lalu iaitu RM1.75, manakala RON 97 dijual pada harga RM2.05.

Petrol gred baru itu akan diguna pakai di semua 3,500 stesyen minyak seluruh negara, bermula hari ini menggantikan petrol RON 92 yang kurang mendapat sambutan dan RON 97 dinaik taraf menjadi produk premium.

Kenaikan tidak ketara itu bagaimanapun dianggap tidak membebankan rakyat berikutan kerajaan sudah menanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan.

Selaras itu RON 97 yang diperhebatkan akan menjadi petrol pilihan untuk pengguna kenderaan berkuasa tinggi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau percaya penggunaan petrol RON 95 mampu memenuhi permintaan berdasarkan kelebihannya yang tidak menjejaskan enjin kereta nasional setanding kenderaan import.

** Tunggu apa pulak yg naik lepas ni