Tuesday, December 30, 2008

FAMILY DAY POST MORTEM

Akhirnya family day berjalan mengikut apa yg dirancang tp yg tak dirancang sebenarnya yg banyak menyumbang kepada keunikan family day yg pertama ni hehehhe..
so kalau korang ada apa2 cadangan ataupun komen pasal post mortem ni boleh ler kemukakan disini..
banyak komen yg aku dengar sebenarnya... mcm bini kena tinggal laki, laki kena tinggal bini dan mcm2 lg la hehehe... so tolong kemukakan kat sini yer...
lg satu bersedia utk event tahun dpn pulak.. kita pegi pantai PD je la.. kat situ boleh buat bnyk aktiviti...
so tolong komen utk yg lepas punya family day ni
P/S : Zul tlg upload gambo..

Friday, December 26, 2008

TIPS KESELAMATAN UNTUK FAMILY DAY

Kepada semua selamat menyambut family day yg pertama. Aku sebagai security and safety expert ingin mengingatkan kepada semua... dalam kita bergembira tolong jangan abaikan aspek keselamatan. Ini termasuklah keselamatan semasa meninggalkan rumah, keselamatan di jalan raya dan juga keselamatan anak2 anda ketika di kolam renang. pastikan rumah berkunci sebelum meninggalkan rumah. kalau boleh bg tau jiran supaya dia boleh tolong perati rumah kita. tolong jadi pemandu berhemah di jalanraya maklumle cuti sekolah ni kenderaan banyak di jalanraya. keselamatan di kolam renang adalah amat penting bg anda mengawasi anak anda. maklumle bila dah terlalu suka tu kadang2 kita terlupa yg kita ada anak.... sebaik2nya beli le pelampung itik ke dan apa saja yg terapung... pastikan masing2 mengawasi anak2 anda dgn ketat... jgn biarkan mereka bersendirian di kolam renang. tu je la serba sedikit pesanan dari aku.
oh yaa.. satu lagi jangan lupa bawa plastik untuk balong... maklumle dia dia nk sponsor bubur lambuk hehehe

Tuesday, December 23, 2008

FAMILY DAY



Salam Semua..
kepada semua AJK, ada pertanyaan tentang majlis kat sana... check in / checkout sape yg bole confirmkan? tinggal 4 hari je ni... aktiviti2 lain apa cerita? utk kanak2.. hadiah2 apa cerita? aku bole sponsor sikit hadiah utk kanak2.. lg baik hadiah berupa alat tulis ke beg ke... maklum le dah nk naik sekolah ni...
sekian.

HAPPY BIRTHDAY BRO ZUL AND WASILAH







HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO BRO ZUL AND WASILAH HAPPY BIRTHDAY TO YOU.... SEMOGA PANJANG UMUR , MURAH REZEKI SIHAT TUBUH BADAN... AMIN







Monday, December 22, 2008

selamat pengantin baru :: orAngE @ ponorogo :-)

alhamdulillah di atas limpahan kurnia-Nya maka telah berjayalah kita bersama-sama menjayakan majlis perkahwinan zaki & wasilah...tahniah2..

aku sebagai AJK x rasmi "jom rewang!" dengan ini mengalu2kan sebarang komen+pendapat+cadangan atau sebarang penambahbaikan utk menghadapai majlis2 seterusnya..(yan ngan dila punya majlis) Insya-Allah....

so kat sini disertakan 10 keping gambar TERBAIK pilihan photographer (yg mempunyai nilai2 perkahwinan dan nilai2 eksotik, fantastik,bombastik,plastik,bla..bla...bla..... kahakahakahakahkahkah)...sebenarnya aku x larat nk upload byk2...ada kerja lain arrr..sebab tu 10 keping jerkkk..

keseluruhan gambar ada 300 keping..klu byk2 nanti boring plak..so korang tunggu wasilah hantar print jer la....

kesian, Terima kasih


~sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar~

Thursday, December 18, 2008

Wednesday, December 17, 2008

FW: Kanak-kanak hilang - Nur Khairunnisa Syahida


Assalamualaikum. ..
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan kanak-kanak ini yang bernama Nur Khairunnisa Syahida, sila hubungi En. Rosli di talian
013-606 5757 atau e-mailkan ke
nurshah_shanur@ yahoo.com. sg / norliza_cni@ yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.
Kanak-kanak ini telah hilang selama 13 hari iaitu dari 14hb November 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.
Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.
Sekian, terima kasih.

Monday, December 15, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO DALILA

HAPPY BIRTHDAY TO DALILAH. SEMOGA PANJANG UMUR , MURAH REZEKI DAN CEPAT DAPAT JODOH... AMINNN..


Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Di Kesempatan ini aku sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari raya Aidil Adha kepada seluruh Keluarga yg lain. Sesapa yg balik kampung tu berhati2 di jalan raya.

Maaf Zahir dan batin,



Ipin , Ida, Dinie & Dania





Monday, December 1, 2008

IBADAH KORBAN

Dengan sukacitanya dimaklumkan Ibadah korban untuk hari raya haji pada tahun ini akan diadakan di belakang rumah. Korban ini adalah milik En zulkifli shah dan keluarganya. Sesapa yg nak merasa pengalaman melihat lembu di sembelih silalah balik kampung raya haji ni ;) di samping bergotong royang melapah lembu tersebut.



p/s : gambar di atas hanyalah hiasan semata2 , tidak ada kena mengena dgn lembu abg zul ataupun lembu man Jendol

Friday, November 28, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO RINA

HAPPY BIRTHDAY TO RINA,

HAPPY BIRTHDAY TO RINA,
SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI AND HAPPY SELALU

Wednesday, November 26, 2008

HAPPY ANNIVERSARY TO KAK ILON AND BRO ZUL

Ruangan ini ditujukan khas kepada Kak Ilon and Bro Zul yg menyambut anniversary yg ke 14. Semoga berpanjangan dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin.






P/S:Sesape yg ada anniversary tu tolong le bg kat sini boleh aku update

Useful information:Bukit Aman's Malaysia Control Centre (MCC), Phones:03-22627555/03-22626555I

Dear All,
Please keep this number into your mobile phone. Quite useful in case of emergency :


Subject: Bukit Aman's Malaysia Control Centre (MCC), Phones:03-22627555/03-22626555I used these MCC several times in the past and I find them very useful during emergencies. Police cars just came in from different directionswithin minutes ! Key in these hotline numbers(03-22627555/03-22626555) into your mobile phone. They may save yourlife.Those are the numbers for Bukit Aman's Malaysia Control Centre (MCC),the call centre for all police emergencies. The police are urgingMalaysians to have these numbers in their mobile phone. Bukit AmanPublic Relations Superintendent, Mohamad Daud said motorists may helpprevent cases like the recent murder of assistant computer engineerMohamad Nazri Ismail.He added that even after the crime has occurred, the police could goto the crime scene in the shortest possible time and it may result inthe capture of those responsible.An MCC spokesman said the public from any parts of Malaysia can callthe centre to report an emergency anytime. 'We will direct the call tothe nearest police station for the officers there to handle thematter,' said the spokesman.

Tuesday, November 25, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO MASITAH

HAPPY BIRTHDAY TO UUUU HAPPY BIRTHDAY TO UUU HAPPY BIRTHDAY TO MASITAH.. HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUU..

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR AN DIMURAHKAN REZEKI DAN DI KECIKKAN BODY HEHEHE... DAH BESO TU PANDAI2 BERDIKARI JGN NAK DUDUK BAWAH KETIAK EMAK JER..



Monday, November 24, 2008

ASB, ASB, ASB DAN ASB

salam semua,
ada perbincangan utk convert dana masuk dlm ASB.. bayaran ttp maintain rm10 sebulan utk satu kepala... dan bergantung berapa kepala yg korang berminat nk invest... mungkin dalilah akan buat pinjaman atas nama dia, bulanan kita share berapa kena bayar lepas tu yg lebih masuk dlm tabung dana. katalah collection setiap bulan rm200, mungkin 150 guna utk bayar pinjaman ASB dan selebihnya masuk dlm dana utk kes2 kecemasan.

So apa kata korang????

Saturday, November 22, 2008

baju rewang + family day :-)




------KLIK KAT BAJU UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS-----

ni baju rewang ngan baju family day...baju rewang warna oren putih..sempena tema wasilah kawin..peh, siap bertema2..mcm mesyuarat PIBG plak..kahkahakah..trade mark nya "jom rewang"..kain baju rewang ni guna kain fibre tau..sbb tu mahal skit.sbb nk elakkan panas sgt time berangkat tu nanti..hehehe.. ( tp klu dh baju, mmg panas jgk!!)

pastu baju family day plak warna meeron...tulisan warna kuning ada tulis "glamourius family day"...trademark dia tapak kaki kuning ....huhuhuh..korang nak tau knapa tapak kaki? Aku buat tapak kaki sbb aku tak smpi hati nk buat tapak tangan atau tapak perumahan kt baju kita nie...kahakahakh..baju ni kain cotton 100%..so blh la buat mandi manda...

kat setiap baju ni ada nama blog familmaskuri...best? tgk jer tau jgn komplen sbb baju dh nk siap print..aku antor print awal sbb tokey ni nk p melancong kat korea bln dpn..takut x siap..hahahahahaah

ada size :

S=Sempit
M=Muat2
L=Luas
XL=Xtra Luas
XXL=Xtra2 Luas
XXXL= (x der-ni kain ke guni!!!)

kesian, terima kasih.

Tuesday, November 18, 2008

Harga Minyak, beras turun

Kerajaan harap peniaga kurangkan harga barang

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 15 sen seliter lagi berkuat kuasa hari ini, manakala harga siling beras Super Tempatan (ST) lima peratus serta 10 peratus hancur dikurangkan antara 20 dan 30 sen sekilogram, mulai kelmarin. Penurunan harga bahan api itu adalah yang kelima sejak Ogos lalu, manakala pengurangan harga siling beras pula yang pertama dilakukan sejak harga barangan makanan berkenaan dikawal kerajaan Mei lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata harga petrol RON97 kini RM2 seliter, RON92 pula RM1.90 seliter, manakala diesel RM1.90 seliter. Dalam kenyataannya semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mengambil keputusan mengurangkan lagi harga runcit petrol dan diesel sejajar dengan penurunan harga minyak dunia yang berterusan. Beliau berkata, kerajaan turut berharap peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang supaya rakyat mendapat manfaat sepenuhnya berikutan penurunan terbaru harga bahan api itu.
"Kita juga berharap pengguna akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harganya sudah menurun beberapa bulan lalu. Ini selaras dengan hasrat kita memastikan penggunaan tenaga yang efisien," katanya. Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, dalam kenyataannya mengumumkan harga siling baru beras ST lima peratus diturunkan daripada RM2.80 kepada RM2.60 sekilogram, manakala ST 10 peratus hancur dikurangkan kepada RM2.40 sekilogram berbanding RM2.70 sekilogram sebelum ini. Beliau berkata, penurunan harga itu diwartakan kelmarin dan berdasarkan pemantauan kementerian, pengusaha pasar raya sudah pun menurunkan harga beras berkenaan. Bagaimanapun, katanya, masih ada beberapa kedai runcit yang menjual beras itu pada harga lama.
Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) 1992 terhadap peruncit yang menjual beras berkenaan melebihi harga siling itu. Harga beras ST5 dan ST10 mula dikawal pada Mei lalu berikutan kenaikan harga beras di pasaran dunia. Sebelum itu, kerajaan hanya mengawal harga beras ST15 sejak 1998.

HAPPY BIRTHDAY HANNAH SUZIE LEE




HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO HANNAH SUZIE... HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUUUU.....
WELCOME TO THE WORLD... SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 365HARI..
ADA SESAPE YG BG HADIAH KE?

Thursday, November 13, 2008

Family day Summarize...

akum semua...mengenangkan family day hanya tinggal 44 ari jer lagik nie aku summarizekan segala perbincangan seblm nie..
1) T-shirt
~design by zul
~warna x pasti tp yg kompom bkn warna itam ( takut panas ) atau putih(bahaya bg kaum wanita kalu ada xtvt mandi)
~arga = rm10 seorang

2)Xtvt
Kanak-kanak
~Isi Air Dalam Botol,
~Tiup Belon Hingga Pecah.
~Pertandingan Kerusi Berirama
~Lari Dalam Guni ( mana nak cari guni yerk..).
Org lelaki
~pertandingan Tarik Tali (sapa nak cari tali)
Wanita
~Sambut Air Dalam Belon
tp xtvt nie sesuai x wat kat afamosa nie??tlg kompomkan...

3)Hadiah
~utk kanak2 - kak ilon seponser..
~utk org dewasa - nak wat x tukar2 adiah??

4)Bungalow
~ arga = rm161 satu family ( arga asal rm150 tp napi x join so setiap family kena cover bahagian napi..)
~ bayaran bleh dibuat bermula sekarang sehingga awal bulan....

5)Makanan
~ utk makanan nie kak aii kata diaorg hanya support sarapan je.tue pun hanya utk 24 org dewasa.utk kanak-kanak??lunch??dinner??
ada sapa2 nk bg idea dialu2kan...

harap2 planning nie berjalan dgn lancar ler..

p/s:kak aii,yan n kak ilon bajet utk kg bln nie aku dah sediakan utk korang.nanti ujung bln aku bgtau jumlah semuanya..(dh termasuk bungalow,t-shirt familyday+rewang,duit khemah...hehehe...)

Wednesday, November 12, 2008

Happy Birthday to Iskandar Lee

happy birthday to u.. happy birthday to u.. happy irthday to Iskandar Lee...
happy birthday to u....
Kepada iskandar lee, Selamat menyambut ulang tahun yg ke .... ( rahsia ).. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....

Monday, November 10, 2008

Happy Birthday

Happy Birthday to Iskandar Lee Sid Jee...
Buy 1 free 1 for tomorrow only... ;)



Monday, November 3, 2008

Wedding's Day

Ok yang ni berkenaan event yg boleh dikatakan besar utk tahun ini.. iaitu majlis perkahwinan wasilah...
semalam ada buat meeting x rasmi berkenaan dgn "berkat" yg nak bg pada tetamu.. tapi masih x de conclusion... diorg semua sebenarnya blurr apa yg nak dibagi... sesape yg ada cadangan tu boleh kemukakan kat sini.. cadangan terbaik akan dapt sebuah peti sejuk dan mesin basuh yg masih dalam kotak dan belum digunakan kat rumah tu heheheh...
lagi satu dengar kata diorg dah sepakat nak sewa khemah berserta kerusi meja dan alatan2 yg lain yg mana kesemuanya berharga RM750.00. Setiap keluarga diminta menyumbang sebanyak RM50.00 ( Ringgit malaysia Lima Puluh Sahaja ) untuk sewa khemah tersebut. Perbelanjaan untuk lain2 akan diumumkan kemudian.


Tuesday, October 28, 2008

Yon's Home Decor

Aku tercari-cari jugak kak rose punya cyber shop dlm Wanitamelayu.com tu.. akhirnya terjumpa jugak laman dia... menarik jugak product yg dia offer.. mmg x dapat dinafikan Kak Rose mmg genuine businesswomen... Kalau ada sesape yg berminat nk tengok barangan yg dioffer tu jenguk le kat sini

http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=12783

mana tau ada something yg menarik yg boleh dijadikan door gift masa family day... barang dia pun x mahal...

Ada sesape lg yg berminat nk menjual dan membeli barangan secara online boleh belajar dari kak rose...

Thursday, October 23, 2008

FAMILY DAY ON 27 & 28/12

Kepada Semua setelah dibincangkan dan diperhalusi dengan sehalus-halusnya maka aku dgn ini mengisytiharkan bahawa Family Day akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad 27 dan 28 hb Disember bersamaan dgn 29 dan 30 Zulhijjah, bertempat di Afamosa Resort Melaka. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyerikan lagi majlis ini. Sekian terima Kasih.

Berikut aku senaraikan ahli jawatankuasa yg telah dilantik sebulat suara :
Pengerusi Seumur hidup: Hjh Halipah Bte Muhamad
Naib Pengerusi : Rohidah Maskuri
Bendahari : Wasilah

AJK :
1) Kamaruzaman ( AJK Tisu dan plastik )
2) Fadzilah dan Zulkifli Shah
3) Zuwaidah dan Ahmad Salleh
4) Shahrul Ariffin dan Norlidahwati
5) Dalilah dan...
6) Rohaya dan Salleh
7) Muz dan Muz
8) Hanafi dan Safrina
9) Norwasilah dan Ahmad Zaki
10) Hairul Mizan dan Liza
11) Zulkifli dan Zuraini
12) Norihan dan....

korang tentukan le sendiri nk AJK bhgn mana....

Alang's Open House

Diumumkan bahawa pada hari sabtu ni 25/10 alang menjemput semua ke rumah terbukanya di jalan Temenggung Muar. Semua dijemput hadir.
Aku mungkin x dapek nak menghadirkan diri sebab ada tetamu yg akan berkunjung ke rumah aku.. lg pun dah seminggu aku x balik rumah sendiri...
So yg lain2 tu datang jgn x dtg

Happy Deepavali

Kepada semua yg blk kg sempena deepavali tu berhati-hatilah di jalan raya.. anda mampu mengubahnya. ada sesape yg balik kampung ke deepavali ni? yan ko balik x? kalau balik dgn kete baru tu berhati2... bawak 60km/j jer..

Lepas ni boleh plan utk upcoming event... sebelum tahun baru iaitu family day dan jugak majlis perkahwinan wasilah....

Utk family day masih belum ada kata putus lg ni.. sape organisernya ni? ok korang tolong letak senarai AJK kat bawah ni (mcm persidangan umno la pulak ):

Pengerusi -
Bendahari -
AJK :
Makan2 n minum2 -
Acara -
Hadiah / cenderamata -
Logistik -

Ok pakat2 isi kat ruangan tu...

Tuesday, October 14, 2008

Deeparaya to KL cancel

Salam semua,
atas sebab-sebab yg x dapat dielakkan ( baca : masalah ramai yg belum gaji ), maka dengan dukacitanya aku mengumumkan trip to KL terpaksa dibatalkan.
So sesape yg di KL tu nak balik beraya aidil deepavali dialu-alukan.. so lepas ni committee please focus on family day @ a famosa on december..
sape yg volunteer nk jadi comittee dialu-alukan...

Friday, October 10, 2008

FOREX


Interested to join me in Foreign Exchange?

Just click to the banner at header....

Or here : http://www.danaforex.com/index.php?id=slu969

Thursday, October 9, 2008

Kunjungan Deepraya :)

Salam semua,
Aku dengar ada ura2 untuk mengunjungi Kuala Lumpur bagi merayakan Hari raya Aidil fitri berserta deepavali sempena cuti deepavali ni...
Kalau 2/3 majority bersetuju, insyaallah kita akan sampai ke semua rumah di KL.
Tolong confirm...