Tuesday, December 30, 2008

FAMILY DAY POST MORTEM

Akhirnya family day berjalan mengikut apa yg dirancang tp yg tak dirancang sebenarnya yg banyak menyumbang kepada keunikan family day yg pertama ni hehehhe..
so kalau korang ada apa2 cadangan ataupun komen pasal post mortem ni boleh ler kemukakan disini..
banyak komen yg aku dengar sebenarnya... mcm bini kena tinggal laki, laki kena tinggal bini dan mcm2 lg la hehehe... so tolong kemukakan kat sini yer...
lg satu bersedia utk event tahun dpn pulak.. kita pegi pantai PD je la.. kat situ boleh buat bnyk aktiviti...
so tolong komen utk yg lepas punya family day ni
P/S : Zul tlg upload gambo..

Friday, December 26, 2008

TIPS KESELAMATAN UNTUK FAMILY DAY

Kepada semua selamat menyambut family day yg pertama. Aku sebagai security and safety expert ingin mengingatkan kepada semua... dalam kita bergembira tolong jangan abaikan aspek keselamatan. Ini termasuklah keselamatan semasa meninggalkan rumah, keselamatan di jalan raya dan juga keselamatan anak2 anda ketika di kolam renang. pastikan rumah berkunci sebelum meninggalkan rumah. kalau boleh bg tau jiran supaya dia boleh tolong perati rumah kita. tolong jadi pemandu berhemah di jalanraya maklumle cuti sekolah ni kenderaan banyak di jalanraya. keselamatan di kolam renang adalah amat penting bg anda mengawasi anak anda. maklumle bila dah terlalu suka tu kadang2 kita terlupa yg kita ada anak.... sebaik2nya beli le pelampung itik ke dan apa saja yg terapung... pastikan masing2 mengawasi anak2 anda dgn ketat... jgn biarkan mereka bersendirian di kolam renang. tu je la serba sedikit pesanan dari aku.
oh yaa.. satu lagi jangan lupa bawa plastik untuk balong... maklumle dia dia nk sponsor bubur lambuk hehehe

Tuesday, December 23, 2008

FAMILY DAY



Salam Semua..
kepada semua AJK, ada pertanyaan tentang majlis kat sana... check in / checkout sape yg bole confirmkan? tinggal 4 hari je ni... aktiviti2 lain apa cerita? utk kanak2.. hadiah2 apa cerita? aku bole sponsor sikit hadiah utk kanak2.. lg baik hadiah berupa alat tulis ke beg ke... maklum le dah nk naik sekolah ni...
sekian.

HAPPY BIRTHDAY BRO ZUL AND WASILAH







HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO BRO ZUL AND WASILAH HAPPY BIRTHDAY TO YOU.... SEMOGA PANJANG UMUR , MURAH REZEKI SIHAT TUBUH BADAN... AMIN







Monday, December 22, 2008

selamat pengantin baru :: orAngE @ ponorogo :-)

alhamdulillah di atas limpahan kurnia-Nya maka telah berjayalah kita bersama-sama menjayakan majlis perkahwinan zaki & wasilah...tahniah2..

aku sebagai AJK x rasmi "jom rewang!" dengan ini mengalu2kan sebarang komen+pendapat+cadangan atau sebarang penambahbaikan utk menghadapai majlis2 seterusnya..(yan ngan dila punya majlis) Insya-Allah....

so kat sini disertakan 10 keping gambar TERBAIK pilihan photographer (yg mempunyai nilai2 perkahwinan dan nilai2 eksotik, fantastik,bombastik,plastik,bla..bla...bla..... kahakahakahakahkahkah)...sebenarnya aku x larat nk upload byk2...ada kerja lain arrr..sebab tu 10 keping jerkkk..

keseluruhan gambar ada 300 keping..klu byk2 nanti boring plak..so korang tunggu wasilah hantar print jer la....

kesian, Terima kasih


~sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar~

Thursday, December 18, 2008

Wednesday, December 17, 2008

FW: Kanak-kanak hilang - Nur Khairunnisa Syahida


Assalamualaikum. ..
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan kanak-kanak ini yang bernama Nur Khairunnisa Syahida, sila hubungi En. Rosli di talian
013-606 5757 atau e-mailkan ke
nurshah_shanur@ yahoo.com. sg / norliza_cni@ yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.
Kanak-kanak ini telah hilang selama 13 hari iaitu dari 14hb November 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.
Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.
Sekian, terima kasih.

Monday, December 15, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO DALILA

HAPPY BIRTHDAY TO DALILAH. SEMOGA PANJANG UMUR , MURAH REZEKI DAN CEPAT DAPAT JODOH... AMINNN..


Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Di Kesempatan ini aku sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari raya Aidil Adha kepada seluruh Keluarga yg lain. Sesapa yg balik kampung tu berhati2 di jalan raya.

Maaf Zahir dan batin,



Ipin , Ida, Dinie & Dania





Monday, December 1, 2008

IBADAH KORBAN

Dengan sukacitanya dimaklumkan Ibadah korban untuk hari raya haji pada tahun ini akan diadakan di belakang rumah. Korban ini adalah milik En zulkifli shah dan keluarganya. Sesapa yg nak merasa pengalaman melihat lembu di sembelih silalah balik kampung raya haji ni ;) di samping bergotong royang melapah lembu tersebut.



p/s : gambar di atas hanyalah hiasan semata2 , tidak ada kena mengena dgn lembu abg zul ataupun lembu man Jendol