Wednesday, August 24, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

FAMILY MASKURI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN....
SESIAPA YG MEMANDU TU BERHATI-HATI DIJALAN RAYA... 
JUMPA SEMUA DI KAMPUNG PADA MALAM RAYA KEDUA.. INSYALLAH..



Friday, August 12, 2011

Monday, August 1, 2011

Family Maskuri mengucapkan semalamt berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat... "Ramadhan itu diawalnya rahmat, dipertengahannya maghfirah dan diakhirnya pembebasan dari api neraka". ...(Riwayat Ibnu Huzaimah)



Sunday, July 10, 2011

HARI RAYA

Salam.. kita lupakan sebentar family day sbb dh pun ada conclusion... so kita tumpukan pulak pd raya... thn ni giliran korang balik rumah mak metua di raya pertama... so apa plan? mungkin kita dpt berkumpul samada di raya kedua atau ketiga... dgr kata nk buat bbq kambing tu jadi ke x? tp tu kena share2 beli kambing la ye... yg lain2 tu bincang2 la yer.. sape2 yg plan nk beli tudung tu jgn beli ye dulu sbb mcm biasa supplier tudung time raya akan muncul.. hehe

Monday, May 30, 2011

TAHNIAH BUAT LIZA DAN MIZAN

TAHNIAH KERANA BARU SAJA MELAHIRKAN ANAK KEDUA. PEREMPUAN JUGAK.. SAPA2 YG ADA KAT SANA TU TOLONG UPLOAD GAMBO..
p/s : Dila baru je upload gambo..

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik Family Maskuri...

Friday, March 25, 2011

Signage....

contoh...
Kalau Zul bole tlg buat lg cantik lg bagussss....

Wednesday, March 16, 2011

meeting kambing

Kepada Family Maskuri, aku rasa valid jugak utk kita diskus pasai perkembangan kambing kita kat dlm blog ni... so gathering ari tu antara agendanya adalah pasai kambing dan aku dgr kandang kambing tu dh bersih mcm taman bunga hahaha...
so apa progress ni... dgr nk tambah kambing lg betul ke?? ada apa2 idea yg lain x? contoh kita beli kambing lain bg tujuan aqiqah utk fast money nk cover makanan .... nk supply dedak n ubat-ubatan dsbnya....
sekian

Wednesday, March 2, 2011

MAC 2011-MAKAN-MEETING


ok, salam kepada semua ahli familymaskuri..

setelah berfesbuk dengan kak rohai tadi, maka wujud la beberapa cadangan yang boleh dikongsi untuk bulan mac ini..antaranya yang utama adalah untuk mengadakan majlis makan2 (bkn makan damai) pada sebelah malam..tujuannya untuk mengeratkan sillaturahim (tapi dilarang mengumpat time makan)..dicadangkan kita buat dengan berkatering la..order dan makan sahaja.jadi kita share la sorang sikit..butir-butir adalah seperti berikut :

Tajuk : makan katering bersama kambing
Tarikh : 12.03.2011 (sabtu malam ahad)
Masa : 8.00 malam
Tempat : foyer umah mak

Kebetulan tarikh tu pun genap 6 tahun arwah ayah meninggal..jd blh la buat tahlil ringkas jer...harap sangat2 semua ahli keluarga familymaskuri dapat berkumpul dan mengimarahkan kan lagi umah mak tue..lagipun cuti sekolah maaaa..

Seterusnya dlm tempoh 2,3 hari tu jugak (12-14 mac) akan ada mesyuarat mengenai petermas (bkn peter stuyvesant yer)...mintak berikan kerjasama mereka yg bersaham kambing ini untuk hadir ke mesyuarat tersebut..tp dtg mesyuarat ni tak dpt baju dgn topi tau...hahahaaha..

itu jer la yer untuk bulan mac nie..dialu2 kan sebarang cadangan dan komen di post ini...

sekian, terima kasih

p/s : jgn lupa daftar mengundi..muahahahahahah

Friday, February 18, 2011

Alfatihah

Keluarga Family Maskuri Mengucapkan  Takziah kepada Zuraini Othman di atas pemergian Bapa tersayang ke  Rahmatullah pada hari Khamis 17 Feb 2011 bersamaan 14hb Rabiul Awal 1432 H. Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan beliau di alam Barzakh, semoga mendapat syafaat dari Allah SWT.

Di bulan Feb ni jugak genap 6 tahun pemergian Arwah Ayah ke rahmatullah, semoga doa anak-anak sentiasa berada di samping roh arwah ayah. Alfatihah




Wednesday, February 16, 2011

SELAMAT HARI JADI EMAK

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan...

Sajak untuk Ibu:

Ibu…..                                                                    
Pengorbananmu.. laksana titisan embun
Terhidang di dada subuh
Meresapi ranting-ranting
Umbut usia pagi…..
Ibu…..
Di atas jalan semalam
Bayi anakmu
Kau hiasi pada mata dan telinga
Kuntum-kuntum wangi
Yang terbau keharuman
Bicaranya mengalir air mata
Ibu…..
Membesarnya anakmu
Dalam usia restu musim
Bersama tinta doamu
Di muka awan
Bersama jelmaan pelangi
Tangan ibu yang tak ternilai
Ibu…..
Betapa kebanggaan
Mengharum di kamar hati
Nyanyian ibu lembaran lama
Selembut maya
 Kedewasaan ibu
Pasti belum mengenal ketuaan
Di hujung senja ini
Sekepal hati
Cair di kaki
Ibu…..
Mengertilah
Jari-jari anakmu yang pendek
Adalah serpihan kuku ibu
Buat pengertian….
Masa demi masa

Selamat hari jadi Ibu... dan selamat hari jadi Zue
p/s : Sajak untuk Zue? ( suruh laki dia buatkan la hehehe)

Monday, February 7, 2011

PENGURUSAN HAL EHWAL EMAK DI KAMPUNG



Assalamualaikum WBT, bertemu kembali saudara/i sekalian....
Tamatlah sudah Majlis Kenduri Kahwin Dalilah tanpa sebarang incident yang tidak diingini. Oleh yang demikian family maskuri ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang adik beradik, ipar duai saudara mara yang bertungkus lumus tanpa mengira hujan dan panas demi menjayakan majlis perkahwinan Dalilah ini... lepas ni kita tunggu upacara perkahwinan terakhir iaitu Yan ( tu pun kalau mak ngan balong x de plan nk kawin ). Tanpa anda semua apalah ertinya blog ini...


Thread kali ini akan membincangkan tentang keperluan emak dan balong di kampung memandangkan tinggal mereka berdua je yang duduk rumah tu + Mizan sekali sekala dan jugak adik beradik yg lain yg mungkin datang sekali sekala...maklum la masing2 dah ada family dan jugak rumah sendiri... oleh itu kita memerlukan perbincangan yang serius tentang hal ehwal emak dan balong. Di harapkan kita dapat bermuafakat ke arah kebajikan mereka berdua. Ada 2 perkara utama yang perlu dibincangkan di sini :
1) Bil-bil di rumah
2) Sumbangan untuk emak ( ni kira imbuhan balas jasa la ni )


Emak pun ada bg tau aku dia nk pergi Umrah dengan Mokde Yam tp aku x tau status dia mcm mana... mungkin u all boleh bg idea... samada nk bg secara collective adik beradik setiap bulan dengan sorang jd pemegang amanah ataupun nk bg terus dgn mak secara individu ( kalau bg sekaligus nmpk mcm bnyk kot hehe)... so  pakat bincang adik beradik la ye... ni bukan memaksa, emak pun x pernah mintak, yang penting keikhlasan x kira berapa banyak kita bg... kita pun faham kadang2 kita pun ada kekangan kewangan... sekian


P/s : 17/2 ni umur emak genap 70 thn.......





Friday, January 14, 2011

~ Raikan Cinta - Dila & Halim~




salam sejahtera.....

Memandangkan majlis perkahwinan ini akan berlangsung tidak lama lagi, jadi proses diskus di sini amat diperlukan oleh semua ahli familymaskuri..maklum ler masing2 bz dan tak dpt balik..so kena ingat kat mak ngan balong yg sdg struggle kt umah tu..(mak tau ker maksud struggle ni mak?haahahahah) .jadi apa2 yg dicadangkan & diperlukan boleh la diskus kat sini..seperkara lagi mintak pengantin supaya meng update majlis punya flow nanti..contohnya : angkat kemah ker, pinggan mangkuk ker, nikah bila, pkul brapa, sanding, mlm berinai ker, rewang ker supaya family yg lain senang nak set mind & time...so harap dapat beri kerjasama...sapa2 yg dpt cuti awal amat dialu2 kan...tp mcm aku ni, awal2 tahun ni susah sket nk cilok cuti..!

p/s : bersiap sedia dengan payung dan canvas kat luar umah mak, kerana musim ujan telah tiba...........

TQ......

Wednesday, January 5, 2011

Walimatul Urus Dila


salam,

kalau ada apa2 perbincangan, sila berbincang didalam post ini..kepada pengantin, sila update apa yang patut dlm post ini yer..satu lagi mengenai t-shirt..kepada ahli keluarga dan ipar LELAKI sahaja yang disponsor oleh dila (maklum la budget2)...yang perempuan atau sapa2 yang berminat dengan t-shirt ini boleh la order..tarikh tutup sebelum 9 januari 2011..harganya RM15.00 sahaja.

sekian, terima kasih dan selamat beramal..

Tuesday, December 28, 2010

FAMILY DAY IS OVER: DALILAH'S WEDDING IS AROUND THE CORNER

Salam, sebenarnya dalilah punya majlis ni just around the corner...  oleh kerana keseronokan family day masih hangat sampai terlupa tentang majlis ni...
So kita dah boleh start planning mana yg patut supaya nnt x pening dan x de redundant job... kepada yang berkenaan tolong bg2 kan tugas mana yg patut.. wassalam

Monday, December 27, 2010

GAMBAR FAMILY DAY @ BGRC


Ada yg sempat aku edit ada yg x sempat... sila klik kat view all kat bawah tu untuk tgk semua gambar...  sape yg nk copy tu dipersilakan sementara aku x letak copyright reserved kat situ hehe
next year kita berholiday ke bali pulak haha


 

SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK LAGI SENANG :

Saturday, December 11, 2010

T-shirt familyday


salam, mohon maaf kepada semua kerana kelewatan yang amat sgt....aku bz giler arrr...nk cuti pun x dpt...jadi ni aku sertakan design baju family day untuk tatapan kita semua..kain jenis microfiber..sama mcm baju 'jom rewang'..cuma kaler jer biru...aku harap korang semua setuju la..masa dh x der nk print wei...

Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Awal Muharram 1432H

Family Maskuri mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1432H... Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik...dan selamat bercuti pada sesapa yg dpt cuti...

 

Sunday, December 5, 2010

Family Day update

p/s: Zul kalau logo kat sebelah ni kau letak kat t-shirt dpt x RM15 selai ?? muahaha..... kalau boleh kompom t-shirt tu boleh bawak jln2 gi bando nnt...

Assalamualaikum WBT,
Tadi aku sempat jalan2 pegi gambang dgn keluarga metua aku.... ada sikit update info ttg tiket utk masuk....
Dewasa : RM 21.90
Kanak-kanak : RM 14.90

So aku summarize kan kat sini jumlah tiket yg kena bayar kalau semua masuk ke water theme park la....
Emak : RM 21.90
Balong : RM 21.90
K.Ilon : 4 Adult + 2 Kids = RM117.20
K.Wai : 4 Adult + 3 kids = RM132.10
K. Rohai : 2 Adult + 1 kids = RM58.70
Ipin : 2 Adults + 2 kids = RM73.60
Dilah : RM21.90
Rohaya : 2 Adults + 1 Kid = RM58.70
Apar :2 Adults = RM43.80
Napi : 2 Adults + 1 kid = RM58.70
Wasilah : 2 Adults  = RM 43.80
Mizan : 2 Adults = RM 43.80
Zul : 2 Adults = RM 43.80
Yan : RM 21.90
                                                                 Total : RM761.80


Mereka yg dibawah ketinggian 90cm masuk adalah percuma:
 ( Hannah, Harraz  Aina,Riyaz ) - budak2 ni aku x pasti dh sampai 90 cm ke lom... 
utk baby lahir thn 2009 dan 2010 kompom free
Seorang bendahari akan dilantik untuk mengutip duit tiket... nnt senang sorang je beratur nk beli tiket...


Untuk Cabana ( pondok rehat bertilam ) - kadar sewa: RM42.00 ( sesuai utk balong dan tempat letak barang dan tempat baby2 ) - kalau rasa nk sewa kena book awal... sbb kalau sewa masa kita sampai kompom dh fully booked....
Sekian update utk kali ini