Keluarga Family Maskuri Mengucapkan Takziah kepada Zuraini Othman di atas pemergian Bapa tersayang ke Rahmatullah pada hari Khamis 17 Feb 2011 bersamaan 14hb Rabiul Awal 1432 H. Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan beliau di alam Barzakh, semoga mendapat syafaat dari Allah SWT.
Di bulan Feb ni jugak genap 6 tahun pemergian Arwah Ayah ke rahmatullah, semoga doa anak-anak sentiasa berada di samping roh arwah ayah. Alfatihah
Friday, February 18, 2011
Wednesday, February 16, 2011
SELAMAT HARI JADI EMAK
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan...
Sajak untuk Ibu:
Ibu…..
Sajak untuk Ibu:
Ibu…..
Pengorbananmu.. laksana titisan embun
Terhidang di dada subuh
Meresapi ranting-ranting
Umbut usia pagi…..
Ibu…..Di atas jalan semalamBayi anakmuKau hiasi pada mata dan telingaKuntum-kuntum wangiYang terbau keharumanBicaranya mengalir air mata
Ibu…..
Membesarnya anakmu
Dalam usia restu musim
Bersama tinta doamu
Di muka awan
Bersama jelmaan pelangi
Tangan ibu yang tak ternilai
Ibu…..Betapa kebanggaanMengharum di kamar hatiNyanyian ibu lembaran lamaSelembut maya
Kedewasaan ibu
Pasti belum mengenal ketuaan
Di hujung senja ini
Sekepal hati
Cair di kaki
Ibu…..
Mengertilah
Jari-jari anakmu yang pendek
Adalah serpihan kuku ibu
Buat pengertian….
Masa demi masa
Selamat hari jadi Ibu... dan selamat hari jadi Zue
p/s : Sajak untuk Zue? ( suruh laki dia buatkan la hehehe)
Monday, February 7, 2011
PENGURUSAN HAL EHWAL EMAK DI KAMPUNG
Assalamualaikum WBT, bertemu kembali saudara/i sekalian....
Tamatlah sudah Majlis Kenduri Kahwin Dalilah tanpa sebarang incident yang tidak diingini. Oleh yang demikian family maskuri ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang adik beradik, ipar duai saudara mara yang bertungkus lumus tanpa mengira hujan dan panas demi menjayakan majlis perkahwinan Dalilah ini... lepas ni kita tunggu upacara perkahwinan terakhir iaitu Yan ( tu pun kalau mak ngan balong x de plan nk kawin ). Tanpa anda semua apalah ertinya blog ini...
Thread kali ini akan membincangkan tentang keperluan emak dan balong di kampung memandangkan tinggal mereka berdua je yang duduk rumah tu + Mizan sekali sekala dan jugak adik beradik yg lain yg mungkin datang sekali sekala...maklum la masing2 dah ada family dan jugak rumah sendiri... oleh itu kita memerlukan perbincangan yang serius tentang hal ehwal emak dan balong. Di harapkan kita dapat bermuafakat ke arah kebajikan mereka berdua. Ada 2 perkara utama yang perlu dibincangkan di sini :
1) Bil-bil di rumah
2) Sumbangan untuk emak ( ni kira imbuhan balas jasa la ni )
Emak pun ada bg tau aku dia nk pergi Umrah dengan Mokde Yam tp aku x tau status dia mcm mana... mungkin u all boleh bg idea... samada nk bg secara collective adik beradik setiap bulan dengan sorang jd pemegang amanah ataupun nk bg terus dgn mak secara individu ( kalau bg sekaligus nmpk mcm bnyk kot hehe)... so pakat bincang adik beradik la ye... ni bukan memaksa, emak pun x pernah mintak, yang penting keikhlasan x kira berapa banyak kita bg... kita pun faham kadang2 kita pun ada kekangan kewangan... sekian
P/s : 17/2 ni umur emak genap 70 thn.......
Friday, January 14, 2011
~ Raikan Cinta - Dila & Halim~

salam sejahtera.....
Memandangkan majlis perkahwinan ini akan berlangsung tidak lama lagi, jadi proses diskus di sini amat diperlukan oleh semua ahli familymaskuri..maklum ler masing2 bz dan tak dpt balik..so kena ingat kat mak ngan balong yg sdg struggle kt umah tu..(mak tau ker maksud struggle ni mak?haahahahah) .jadi apa2 yg dicadangkan & diperlukan boleh la diskus kat sini..seperkara lagi mintak pengantin supaya meng update majlis punya flow nanti..contohnya : angkat kemah ker, pinggan mangkuk ker, nikah bila, pkul brapa, sanding, mlm berinai ker, rewang ker supaya family yg lain senang nak set mind & time...so harap dapat beri kerjasama...sapa2 yg dpt cuti awal amat dialu2 kan...tp mcm aku ni, awal2 tahun ni susah sket nk cilok cuti..!
p/s : bersiap sedia dengan payung dan canvas kat luar umah mak, kerana musim ujan telah tiba...........
TQ......
Wednesday, January 5, 2011
Walimatul Urus Dila

salam,
kalau ada apa2 perbincangan, sila berbincang didalam post ini..kepada pengantin, sila update apa yang patut dlm post ini yer..satu lagi mengenai t-shirt..kepada ahli keluarga dan ipar LELAKI sahaja yang disponsor oleh dila (maklum la budget2)...yang perempuan atau sapa2 yang berminat dengan t-shirt ini boleh la order..tarikh tutup sebelum 9 januari 2011..harganya RM15.00 sahaja.
sekian, terima kasih dan selamat beramal..
Tuesday, December 28, 2010
FAMILY DAY IS OVER: DALILAH'S WEDDING IS AROUND THE CORNER
Salam, sebenarnya dalilah punya majlis ni just around the corner... oleh kerana keseronokan family day masih hangat sampai terlupa tentang majlis ni...
So kita dah boleh start planning mana yg patut supaya nnt x pening dan x de redundant job... kepada yang berkenaan tolong bg2 kan tugas mana yg patut.. wassalam
So kita dah boleh start planning mana yg patut supaya nnt x pening dan x de redundant job... kepada yang berkenaan tolong bg2 kan tugas mana yg patut.. wassalam
Monday, December 27, 2010
GAMBAR FAMILY DAY @ BGRC
Saturday, December 11, 2010
T-shirt familyday

salam, mohon maaf kepada semua kerana kelewatan yang amat sgt....aku bz giler arrr...nk cuti pun x dpt...jadi ni aku sertakan design baju family day untuk tatapan kita semua..kain jenis microfiber..sama mcm baju 'jom rewang'..cuma kaler jer biru...aku harap korang semua setuju la..masa dh x der nk print wei...
Monday, December 6, 2010
Selamat Menyambut Awal Muharram 1432H
Family Maskuri mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1432H... Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik...dan selamat bercuti pada sesapa yg dpt cuti...
Sunday, December 5, 2010
Family Day update
Assalamualaikum WBT,
Tadi aku sempat jalan2 pegi gambang dgn keluarga metua aku.... ada sikit update info ttg tiket utk masuk....
Dewasa : RM 21.90
Kanak-kanak : RM 14.90
So aku summarize kan kat sini jumlah tiket yg kena bayar kalau semua masuk ke water theme park la....
Emak : RM 21.90
Balong : RM 21.90
K.Ilon : 4 Adult + 2 Kids = RM117.20
K.Wai : 4 Adult + 3 kids = RM132.10
K. Rohai : 2 Adult + 1 kids = RM58.70
Ipin : 2 Adults + 2 kids = RM73.60
Dilah : RM21.90
Rohaya : 2 Adults + 1 Kid = RM58.70
Apar :2 Adults = RM43.80
Napi : 2 Adults + 1 kid = RM58.70
Wasilah : 2 Adults = RM 43.80
Mizan : 2 Adults = RM 43.80
Zul : 2 Adults = RM 43.80
Yan : RM 21.90
Total : RM761.80
Mereka yg dibawah ketinggian 90cm masuk adalah percuma:
( Hannah, Harraz Aina,Riyaz ) - budak2 ni aku x pasti dh sampai 90 cm ke lom...
utk baby lahir thn 2009 dan 2010 kompom free
Seorang bendahari akan dilantik untuk mengutip duit tiket... nnt senang sorang je beratur nk beli tiket...
Untuk Cabana ( pondok rehat bertilam ) - kadar sewa: RM42.00 ( sesuai utk balong dan tempat letak barang dan tempat baby2 ) - kalau rasa nk sewa kena book awal... sbb kalau sewa masa kita sampai kompom dh fully booked....
Sekian update utk kali ini
Wednesday, November 24, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Kembali ke Family Day
Salam semua... ok kita kembali ke agenda yang tertunggak iaitu Family Day... aku berani menulis sbb aku baru je bayo duit kat kak rohai hehehe...
Marilah kita bersama2 berbincang2 apa agenda2 yg perlu masa family day nnt.... tentang dinner n lunch tu nnt aku akan uruskan... yg lain2 tu terbuka untuk perbincangan.... sekian..
From KL ( 211KM) - about 2.5 hours
View Larger Map
From Muar ( 227km) - about 4hours
View Larger Map
Layari : http://www.bgrc.com.my/home.php
Marilah kita bersama2 berbincang2 apa agenda2 yg perlu masa family day nnt.... tentang dinner n lunch tu nnt aku akan uruskan... yg lain2 tu terbuka untuk perbincangan.... sekian..
From KL ( 211KM) - about 2.5 hours
View Larger Map
From Muar ( 227km) - about 4hours
View Larger Map
Layari : http://www.bgrc.com.my/home.php
Saturday, November 20, 2010
Friday, November 19, 2010
Monday, November 15, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Assalamualaikum WBT
Di kesempatan ini Family Maskuri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan pohon maaf zahir dan batin.
Sesiapa yang ada kelapangan jemput balik ke kampung dan bersama-sama melapah daging korban abe mat dan keluarganya.
Sesiapa yang balik kampung tu berhati-hati memandu terutamanya musim hujan sekarang ni...
yang tak dapat balik disebabkan tuntutan kerja x dapek den nak nolong....
selamat hari raya dan maaf zahir dan batin
Tuesday, November 2, 2010
sekitar majlis pertunangan dalilah
Salam.... sorry lately aku bz sgt2 n x smpt nk mengupdate blog... sesape yg free atau rajin tu rejin2 le update blog ye... berikut serba sikit gambar2 sekitar majlis pertunangan dalilah...
klik image untuk paparan lebih besar...
Subscribe to:
Posts (Atom)










