Tuesday, November 2, 2010

sekitar majlis pertunangan dalilah

Salam.... sorry lately aku bz sgt2 n x smpt nk mengupdate blog... sesape yg free atau rajin tu rejin2 le update blog ye... berikut serba sikit gambar2 sekitar majlis pertunangan dalilah...

klik image untuk paparan lebih besar...






































Friday, September 17, 2010

HOT TOPIC!!!! ~family day a.k.a hari keluarga~



assalamualaikum / salam sejahtera

sesudah bersembahyang dipagi hari, menziarah ibu.....erkkhh salah2...sesudah habis raya nie dan duit pun dah habis maka sama2 la kita merenung kembali agenda yang terbesar dan terwajib untuk kita sama2 merayakan program tahunan terbaeeeeekkkkkk ini...tidak lain tidak bukan kita mempersilakan

~family.day familymaskuri 2010~ tebabo!!!!

aku bagi sikit butir-butir mengenai program ini :

Tarikh : 5-7 November 2010 (jumaat-ahad)

Tempat bercanda : Gambang Hill Resort City Quantan

Masa Bertolak : 9 pagi (5 nov 2010)

Kenderaan : berkongsi adalah digalakkan..sila servis kenderaan di pusat panel kita (ali pomen)

Bayaran program : RM320 lumpsump sekeluarga ! dan bayar pd dilla

Pesanan : sila spare duit untuk logistik seperti duit minyak & sebagainya..

jadi disebabkan tarikh makin suntuk jgk, jadi aku dengan ini memohon kerjasama semua mereka yang akan menyertai program ini untuk memberikan idea yang bernas dlm apa jua perkara..contohnya perkakasan, jenis permainan, menu masakan,aktiviti, tema warna dan sebagainya..harap2 dpt lagi baik dari yang sebelum ini. sama-samalah kita menyumbang idea yang baik agar dapat berjalan lancar..melantik AJK itu baik tp akan dibincangkan dlm blog ini.

sebagai penutupnya aku mencadangkan tema kita tahun ini adalah :

familymaskuri@gambang resort ~|~ Relax & Leisure

kalau ada apa2 komen dialu-alukan...lagi byk idea lg cpt blh kuarkan t-shirt dan suvenior..Insya-Allah

renung-renungkan dan selamat beramal.......

sekian...

Sunday, September 12, 2010

Raya - The Big Family

Salam... nk softcopy sila bawak pendrive sendiri.. sape2 nk print sila pergi ke kedai cuci gambo sendiri..
sekian terima kasih



















Monday, September 6, 2010

Ucapan Special untuk AIDILFITRI


Andai jemari tak sempat berjabat, andai wajah tak dapat bertatap, seiring beduk yang bergema, seruan takbir yang berkumandang, kuhulurkankan salam menyambut hari raya iaidil fitri, jika ada kata serta khilafku membekas lara, mohon maaf Zahir dan batin..

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan. Jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan saling memaafkan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin..


Bagi mereka yang memandu, pandulah dengan selamat... jangan lupa baca doa naik kenderaan... anda mampu mengubahnya

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA.. MERDEKA...MERDEKA!!

Assalaualaikum...


HUJAN MERDEKA

Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.

"ZULKIFLI MOHD TOP"
"Universiti Malaya"

Thursday, August 26, 2010

BELANGSUNGKAWA~ Busu Senin ~ 1947-2010

assalamualaikum / salam ramadhan......

Ketika kita sedang berkira-kira dan bergembira untuk menyambut syawal, kita dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagi saudara terhampir dengan kita iaitu Ithnin Bin Mansor a.k.a Busu Senin yang telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1431 Hijrah jam 2.35 petang akibat sakit yang dihidapinya sebelum ini. memang agak memeranjatkan jugak sebab beberapa jam sebelum itu, keadaannya kelihatan seperti biasa.

kalau diingat balik, Allahyarham merupakan orang pertama yang berniaga kat dpn parit ponorogo tue...dari jual jagung, pau, air cincau smpai la bukak kedai runcit kecil-kecilan..setidak-tidaknya ada trade mark la smpi skg...sbb orang akan sebut "pau yang kat pt ponorogo tu" ...heheheehe..

Dikalangan family kita, Allahyarham bukan lagi asing dalam membantu kita menguruskan majlis perkahwinan dikalangan ahli familymaskuri..kiranya macam orang adat la..smpi batang kali tau allahyarham menghantar rombongan..Terima kasih tidak terhingga!

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan bersebelahan dengan kubur arwah ayah & arwah pak cik md nor (tetap jiran dunia & akhirat) selepas solat tarawikh kira-kira jam 10.00 malam..

apapun salam takziah buat kak ewah sekeluarga..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diberikan kekuatan pada yang ditinggalkannya...

~Alfatihah~

Sunday, August 8, 2010

. Ramadhan .Shawal . Bertunang . Family Day

Salam Ramadhan Al Mubarak
Salam pada semua gerombolan...
selamat menyambut ramadhan al mubarak... 
mari bersama2 menyumbang idea2 bernas untuk bulan raye thn ini... contoh mcm fotografi, tahlil, bbq nite, tukau2 hadiah dsbnya....
lepas tu standby utk majlis bertunang Dalilah dan diikuti dengan family day ..... so semua bolehlah start sharing2 apa2 yg patut ye.....

Tuesday, July 20, 2010

Cerita washing machine

Alkisah mesin basuh telah menunjukkan tanda2 keuzuran dan menyebabkan litar pintas beberapa kali di kampung mlm td... 
Perbincangan tak rasmi bersetuju untuk membeli mesin basuh baru fully automatik 12kg.... Dalilah mengusulkan untuk berkongsi membeli mesin basuh baru.. brp sorang kena keluar nk kena bincang... Dalilah akan menggunakan duit dana dahulu untuk membeli secara cash..
So bincang2 la berapa nak kena keluar yee... 

Wassalam

Wednesday, July 14, 2010

ogos - disember 2010 @ calendar











salam sejahtera dan selamat morning...

disebabkan 3,4 minggu ni blog kita agak sejuk kerana masing2 telah disaratkan dengan tugasan harian, maka aku memanasakan kembali blog nie...huahuahuahuahua..

apa yg kita nk discus dalam ni adalah seperti berikut :



  • hari raya posa (aktiviti/program)
  • majlis perkahwinan dila
  • family day

so aku bagi sket info supaya masing2 tak lupa erkkh..

untuk hari raya nie, tema adalah warna merah...atau org kg kita kata red color la...pastu klu nk ada apa aktiviti (BBQ ke, HQ ke, HARI Q ker....kahkahkahkah) boleh la discus awal sket..

untuk majlis perkahwinan dila, jeng..jeng..jeng (sambil gosok tangan kiri kanan smpi panas) kita dh blh plan bantu mak dr segi idea, tenaga, wang ringgit...bulan puasa leh discus...nk letak taman ker, letak kemah 6,7 segi ker, kad kawin ker...huahuahuahua...boleh discus..x der la mak kelam kabut last2 minit nanti...

pastu family day...peringatan untuk diri kita semua agar dpt saving dr skg arr..mana2 yg patut bayar duit yg rm3++ tu, dh blh terus bg pd bendahari..diingatkan jgk perjalanan kita ni bkn dkat..blh tahan jauh..3,4 jam jgk kan...so duit logistik tu perlu di standby jgk erk...

apa lagi? tu jer la...pastu nk selit skit...ada progam ~astro my story negaraku~ di chanel 318 pada 31.8.2010 nie..channel percuma..harap2 aku tak di 'slash' utk program tue..dpt la aku bwk krew2 astro dtg kg kita..blh interview nanong, yayap..kahkahkahkah...

selamat beramal!!

Monday, June 21, 2010

Terima Kasih atas doa semua

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar... Ida selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5kg pada pukul 5.35ptg 21/06/2010. Terima Kasih atas berkat doa semua... nampaknya title hero aku telah di rampas.... aku juga meminta maaf dek kerana terlalu popular aku pd hari ini menyebabkan bateri aku kong dan x dpt membalas sms anda semua

pukul 5.35 ptg


pukul 6:15 ptg


Tuesday, June 15, 2010

Teknologi membuatkan aku gumbira....

Dan inilah hasilnya ... terimakasih kepada fb yg berjaya mengembalikan kenanganku puluhan tahun yang lepas....
Darjah 6 -1985


 Darjah 4 -1983
koir 1985
Darjah 3 - 1982

Monday, June 7, 2010

Saat menantikan kelahiran....

Dan aku pun belajar untuk menjadi digital artist diwaktu kelapangan...
















High Dynamic Range ( HDR )


Black and White



Water color effect

Thursday, June 3, 2010

Dyslexia bukan penyakit

Aku terpanggil untuk menulis masalah disleksia ini setelah menyedari ada beberapa orang di antara ahli family Maskuri yang menghidap symptom2 disleksia ini dan yang paling ketara adalah Diana.
Disleksia bukan penyakit dan masalahnya org ramai selalu memandang penghidap disleksia sbg bodoh, lembab dsbnya yg menyebabkan sipenghidap merasa rendah diri dan lebih suka mengasingkan diri kerana terasa dipulau...
Ramai tokoh yang dilahirkan dari kalangan penghidap disleksia ini antaranya lee kuan yew, whoopi goldberg, albert enstein, leornado da vincci dan ramai lg...
Sokonglah mereka yang menghidap disleksia ini kerana mereka memerlukan sokongan anda.
Sila klik pada myhealth portal ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penyakit disleksia:

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak⊂=0&bhs=may&storyid=1154953076975