Sunday, May 30, 2010

Family Day 2nd Discussion

Ok ... Final about Family day.. seperti yang dipersetujui Family day pada tahun ini akan dibuat di Bukit Gambang Resort City Kuantan pada 5hb hingga 7hb Nov 2010. Bayaran yg dipersetujui dalah sebanyak RM317.82 bagi setiap keluarga. Bayaran boleh dibuat kepada bendahari Cik Dalilah bila2 masa bermula dari sekarang.

Sila isikan form di bawah ini untuk pengesahan kehadiran. Jumpa anda di sana di sana di sana....

Saturday, May 8, 2010

Happy Mothers Day....

Motherhood is a though 24-hr job:
No Pay, No day off. Most often unappreciated.
And yet resignation is impossible!
Hello Pretty Moms out there.. Happy Mother's Day

Kepada semua kaum ibewww , FM mengucapkan selamat hari ibewww... engkaulah ratu hatiku...

Tuesday, May 4, 2010

FAMILY DAY DISCUSSION

Ok kali ni serius sikit tentang Family Day tahun ni...
Dari perbincangan yang x rasmi... ada yang mencadangkan family day akan diadakan di Bukit Gambang Resort City Kuantan samada pada deepavali ( 5,6 & 7 November )ataupun pada Cuti Krismas... tp cuti krismas akan jatuh pada hari sabtu 25hb...
Aku dah call bukit gambang resort city rate dia untuk deepavali adalah seperti berikut:

FAMILY SUITE ( 2D 1N)
- RM592 including dinner+breakfast+ waterpark ticket untuk 4 org

FAMILY SUITE ( 3D 2N)
- RM998 including dinner+breakfast+ waterpark ticket untuk 4 org

STUDIO SUITE (2D 1N)
- RM 336

STUDIO SUITE (3D 2N)
- RM 578

Note : family Suite cuma ada 2 bilik je... sementara studio suite cuma ada satu bilik je..
additional bed n matress boleh request

So.. please discuss...

for further detail about bgrc, feel free to surf :



Sunday, May 2, 2010

Mini Gathering @ 1/5/10


kuchi,kuchi,kuchi....


Little Sara

Like father like son



Amirul yg sentiasa setia di depan makanan

Zue Sedang berbincang tips2 untuk mendapatkan baby kedua

Nurkhalisa

Birthday girl


badut yg diupah untuk menyerikan majlis

Tuesday, April 13, 2010

Tahniah kepada Apar dan Muz

Tahniah kepada Apar dan Muz kerana baru saja mendapat anak lelaki yang bernama"Muhammad Harriz Na'am" di Hospita Pakar Sultanah Fatimah Muar, jam 9 pg td melalui pembedahan. Lepas ni tolong la upload gambo yer....
p/s : sedap x nama tu? kukikuikui




Monday, April 12, 2010

malam PeSTa mUdA mUDi..huhuhu

doa buat kekasih..erkkh salah...doa selamat dibaca oleh mak
(p/s : smpi terlupa doa mkn erkk...hahahaha)

rakan sebaya yg steady..mkn jgn x mkn!


Harraz dengan aksi muka yg grrrrrrrrrr.....



hadiah pocoyo buat riyaz..huhuhu




Allah Selamatkan kamu....(3x) ..amin, semoga panjang umur murah rezeki



ayam golek made in tanjung agas!



kek by secret admire...erkh salah, secret receipe..huhuhuh


salam,


pada hari sabtu lepas diadakan majlis makan2 @ umah atok pah...majlis makan2 sempena 'bird day' riyaz yang kedua dan merangkumi semua birthday bulan april..heheheeh
TQ diucapkan pada semua yang menyertai majlis ni...disertakan jugak gambar untuk tatapan semua dari kamera amatur...huahuahuahuahau

Friday, April 9, 2010

Selamat Hari Lahir - Bulan April

Kepada mereka yang di luar sana...
walaupun anda tidak sekacak saya...
saya tetap merendah diri untuk mengucapkan...
Selamat Hari Lahir...













Tuesday, March 23, 2010

FAMILY DAY

Salam semua... thread kali ini akan membincangkan tentang annual event untuk family maskuri yang selalunya akan diadakan pada setiap hujung tahun....
Sepertimana yang dipersetujui vacation kali ini mungkin pergi lebih jauh sikit ke Bukit Gambang Resort City di Kuantan pahang.... jarak perjalanan lebih kurang 3 1/2 jam @ 200KM dari kampung.
So, aku dah pergi tempat tu memang cantik dan sesuai untuk bebudak maupun mak bapak budak... harga lebih murah dari Afamosa Melaka...
untuk lebih detail please link to : http://html.bgrc.com.my/
Thread kali ini akan lebih membincangkan hal2 berkaitan planning, logistic, cost dsbnya...
Pendapat semua diperlukan......

Monday, March 22, 2010

warna-warni kenduri @ kampung


HADIAH KECEMRELANGAN UNTUK ANA DARI FAMILY MASKURI




Anak sape la ni sedang mencuri sate...








Thursday, March 11, 2010

Tahniah Kepada Ana

Salam...
Tahniah kepada Ana anak kepada abe mat dan kak wai yg mana berjaya mendapat keputusan yg amat cemerlang di dalam SPM...
Beliau mendapat 11 A.... dan merupakan rekod baru di dalam Family Maskuri...
So diharapkan cucu-cucu kepada arwah Tok Mas dan Tok Pah dapat mengikuti jejak langkah beliau...
So kepada ana congratulations and teruskan kecemerlangan... Hadiah? Family maskuri lom decide apa nk bagi.... so kenduri nnt boleh masukkan sekali dengan kenduri kesyukuran kot....

Monday, March 8, 2010

Sunday, February 28, 2010

Ziarah Aqil Lutfan

petang td family aku + family kak ilon sempat jugak le pegi ke Subang jenguk new born napi... si kecik ni pun ada pusar 2 jugak kat kepala... ramai betul cucu mak yg berpusar 2 sekarang nih... semoga menjadi la kambing2 kat kandang tu hehe... lama jugak la kitorg kat sana bersembang2 tp yg best tu dia punya makanan peghhhh... udang galah masak rendang yg diimport dari indon... memang sedap giler.. tp aku x makan la sbb dh makan bnyk ikan sembilang kat rumah kak ilon hehehe.. korang tgk je la gambau kat bawah ni...
lagi satu Selamat hari jadi jugak kepada Muhammad Harraz Naim.. nasib baik 28hb 2... kalau 29hb jenuh nk tunggu 4 thn sekali beb... mcm world cup pulok heheh


Aku rasa budak kat atas ni mmg sesuai dgn kambing
badan pun semangat heheh

Aqil Lutfan