Tuesday, February 24, 2009

FAMILY BUSINESS PLANNING

ok mcm ni la..memandangkan projek nie kita nak jdkan sebagai family business so saper2 yg kompom nak join projek nie tlg bg aku nama dan bentuk pemberian( RM or barangan ) dgn segera..bkn apa aku x nak la nanti bunyi mcm kompom nak join tp pastu senyap jer..last2 nanti 2,3 org jer yg join..kat bawah nie aku dah siapkan kolum saper2 yg nak join projek nie..semua nama aku masukkan..sapa yg nak join tlg isi..yg x nak join tgk jer la ye kolum tu yea..




  • SENARAI NAMA UTK PEMBINAAN REBAN BURUNG PUYUH

FADZILAH

ZUWAIDAH

ROHIDAH

SHAHRULARIFFIN -> RM 300 (KOMPOM JOINT)

DALILAH

ROHAYA

MUZAFAR

HANAFI

NORWASILAH -> RM100 & SIMEN ( KOMPOM JOINT )

HAIRUL MIZAN

ZULKIFLI

NORRIHAN

*setakat ari ini wang dah terkumpul sebanyak rm400 utk projek pembinaan reban ini.jd kepada sesiapa yg berhajat nak joint tu cpt2 ler bgtau aku berserta dgn pemberian anda sekali (wang or barang ) supaya planning nie berjalan dgn lancar...amin...

**segala pemberian boleh la diberikan pd minggu ini..ini kerana projek pembinaan ini akan bermula minggu depan.....

Monday, February 23, 2009

Upacar pecah tanah

Untuk pengetahuan korang semua, semalam telah diadakan upacara pecah tanah bg pembinaan reban dgn anggaran ukuran 30' x 6'. Di harapkan dgn kerjasama semua pihak kita berjaya memulakan ternakan ini dgn lancar. Mungkin next phase kita akan memulakan ternakan kambing boer setelah ternakan puyuh ni success. aku sertakan sikit gambar kawasan pembinaan




Gambar yg bawah sekali tu aku ambik kat internet.. tgk dia punya reban 2 tingkat dan diuruskan secara sistematik... moga2 akan dtg kita boleh buat mcm ni jugak la

Sunday, February 22, 2009

Hi tea sempena harijadi emak (hehe)

Semalam petang diadakan satu majlis hi tea ( hehehe ) sempena harijadi emak yg ke 68... ni pun kira surprise jugak la sebab yg tau masa tu cuma dila dgn kak y je hehehe... so kat sini aku sertakan sebahagian gambar yg menggambarkan perasaan emak apabila dihadiahkan senaskhah alquran lengkap dengan terjemahan dan rehalnya sekali...


Wajah tua seorang ibu


Terkejut + Gembira



Sedang mengucapkan "alhamdulillah"


Juadah



Makan timeeee....


Al-Quran



Friday, February 20, 2009

www.puyumas.com.my

Kepada sesapa yg nk tau lebih detail pasal ternakan puyuh boleh le melawat ke laman web berikut:

www.puyumas.com.my

Wednesday, February 18, 2009

Ternakan Puyuh Pedaging - 1st Phase




Kepada semua, adalah dimaklumkan bahawa satu lagi projek akan dijalankan secara kecil-kecilan dikampung iaitu ternakan puyuh pedaging. Kita akan bermula dengan bilangan kira2 500 ekor anak burung puyuh di mana akan disembelih dalam tempoh 45hari. Sesiapa yg berminat boleh le berhubung dgn urusetia projek iaitu Dalilah.
Projek pembinaan reban akan dijalankan pada hari sabtu 28th Februari menggunaan kayu2 yg ada disekitar rumah. Reban ini dibina secara bertingkat dan akan diawasi oleh Muzafar.

Mizan dan aku akan mencari sumber di mana utk mendapat bekalan anak burung puyuh.

Sesiapa yg berminat utk berkongsi modal adalah sgt dialu-alukan. Segala hasil akan disimpan ke dalam dana dan keuntungan akan diagih2kan mengikut modal.

Utk keterangan lanjut berkenaan dgn ternakan puyuh daging ini boleh le klik di sini :

Pertanian adalah perniagaan




Tuesday, February 17, 2009

Happy Birthday ( Febuari)



17/02/1941 ( Isnin ) lahir la seorang bayi perempuan di sebuah umah di jalan masjid ledang johor..

Dan hari ini 17/02/2009 ( selasa ) genap la usia bayi perempuan yg diberi nama Halipah itu 68 thn ..SELAMAT HARI LAHIR EMAK......Kami anak2, menantu2 emak mendoakan semoga emak dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki n memperolehi kebahagian dunia n akhirat...amin....KAMI SAYANGGGGG EMAK......

Tuesday, February 10, 2009

Tribute untuk Ayah





Dalam aku bereksperimen dgn SLR kamera aku, aku teringat gambar ayah yg masih disimpan dan aku pun try shoot satu gambar utk dimasukkan dlm blog ni... kebetulan bulan Feb ni adalah bulan Masihi yg sama ayah meninggal 4 tahun yang lepas.

Semoga semua mendoakan kesejahteraan ayah di alam Barzakh.....Al-Fatihah.....







Monday, February 9, 2009

Google adsense

Ok ini ada satu berita penting.. sesape yg masuk blog ni adalah dialu-alukan utk jengah seketika ke google adsense. Kak rohai dah upgrade adsense tu. Adsense adalah satu cara pengiklanan oleh google yg mana anda akan dibayar jika melayari iklan tersebut. Setiap klik anda akan menerima bayaran, walaupun kecil tp ingat sikit2 lama jd bukit... ok.. ambik masa sikt.. tp jgn kerap sgt.. nnt kena blok pulak.. segala bayaran yg diterima akan terus disumbangkan dalam dana keluarga. Sekian

Rileks jap

Saturday, February 7, 2009

Moderator on leave

Salam semua...
aku mintak maaf bebanyak sebab terlalu bz nk update blog kat opis... rumah aku baru hari ni berjaya mengactivatekan streamyx .
So, watch my come back hahahaha

Wednesday, February 4, 2009

17/02/2009-Birthday Mak..

Assalammualaikum semua..

17/2/2009 nie adalah bitrhday mak..jd aku n dila cadangkan nak bg mak sesuatu yg berharga..so sesapa yg nak join tu dialu2kan..terpulang la masing2 nak bagi beberapa rm..ikut kemampuan masing2 la.. (rm0.10 pn diterima)...tak ada paksaan dalam pemberian nie...sebagai anak apa sangat la yang kita nak bagi berbanding dgn pengorbanan mak membela n membesarkan kita semua..tul tak?
aku n dila nak ada 3 cadangan hadiah nak bg pd mak
1) barang kecil n berharga - cincin (cian mak..lama x beli cincin..hehehe...)
2) barang besar n berharga - basikal tua ( senang mak nak kemana2..x yah ler asik nak pam basikal yan tuh...hhuhuhu...)
3) barang besar n berharga didunia n akhirat - alquran yg ada tafsiran dlm tulisan jawi ( dah lama mak nak alquran nie.. )
so aku ingat nak bg mak alquran jer..ok x??
or korang ada cadangan yg lain yg lagi baik dr yg kitaorg cadangkan....