Wednesday, February 18, 2009

Ternakan Puyuh Pedaging - 1st Phase




Kepada semua, adalah dimaklumkan bahawa satu lagi projek akan dijalankan secara kecil-kecilan dikampung iaitu ternakan puyuh pedaging. Kita akan bermula dengan bilangan kira2 500 ekor anak burung puyuh di mana akan disembelih dalam tempoh 45hari. Sesiapa yg berminat boleh le berhubung dgn urusetia projek iaitu Dalilah.
Projek pembinaan reban akan dijalankan pada hari sabtu 28th Februari menggunaan kayu2 yg ada disekitar rumah. Reban ini dibina secara bertingkat dan akan diawasi oleh Muzafar.

Mizan dan aku akan mencari sumber di mana utk mendapat bekalan anak burung puyuh.

Sesiapa yg berminat utk berkongsi modal adalah sgt dialu-alukan. Segala hasil akan disimpan ke dalam dana dan keuntungan akan diagih2kan mengikut modal.

Utk keterangan lanjut berkenaan dgn ternakan puyuh daging ini boleh le klik di sini :

Pertanian adalah perniagaan




45 comments:

Anonymous said...

Oh bagus lah ada projek berasakan pertanian ni... siapa yang in charge of marketing.. nanti ada anak burung takde orang nak beli... macam mana... takkan kita nak makan burung tiap2 hari..
he..he..
Apap2 pun buatlah secara teratur... especially modal2 dan sebagainya... kalau semua teratur mesti ok punyalah.. kalau ada apa2 yang akak boleh tolong cakap le...

Anonymous said...

waahhh..moga2 menajdi penternak yang berjaya yer...hehe..eh korang buat kat sebelah umah makwe tue, makwe tak bising ker..huhuhuhu... what ever..gud luck lah yer.. semoga menjadi usahawan yang brejaya.. nt aku boleh kerja ngan korang pasal aku nie pun dah macm nak kena pecat jer nampak gaya nyer..huhuhuhu

E-pin said...

Kita beli anak burung dan besarkan dlm masa 45hari... lepas tu sembelih n pack dalam plastik dan masukkan dlm freezer... sekilo RM14. sapa nak boleh order... so tak perlu risau pasal x laku sbb benda ni boleh tahan lama bila simpan dlm freezer...
pasal bau tu jgn risau sgt sbb bau dedak je..
harga anak burung sekor dlm rm0.40-RM0.50 sekor... nnt aku tanya Jabatan Haiwan Muar kat mana nk cari supplier... mula2 ni just suka2 je and x pikir sgt untung.. klau tgk prospek baik kita akan teruskan dgn pengkomersialan tu pun mungkin lepas 2-3 thn... aim for the big scale... starting point dia kita buat small scale and tgk potensi dia....mudah-mudahan berjaya

Anonymous said...

tapi kalau nak berjaya dalam business ni, yang penting make sure ada supplier dia barulah kita akan buat betul2... backwards strategy..

mesti ada end goal.. barulah business baik punya..

Akak punya advise le..at least dapatkan satu supplier dulu...

Reban tu buat elok2 sikit... make surelah tak de bau kalau tidak nanti semua orang komplain.
susah pulak..

ziefairoose said...

menarik gak ni..nak jointla..tp kan terpikir plak,kalau dah sembelih nak cabut bulu puyuh ni payah x? hehehe semoga success dengan apa yg dirancangkan..amin
kalau share partner nak beli puyuh nanti ada diskaun tak? hehehe

E-pin said...

penternakan puyuh sebenarnya sangat mudah kerana puyuh dikategorikan sebagai burung yg tahan lasak. cuma kena bg makan dan minum secara berterusan. strategi marketing utk permulaan kita buat dari mulut ke mulut je... sorang bawak blk 5 bungkus dan tanya kawan2 sapa2 yg berminat... sebenarnya marketing dari mulut ke mulut adalah strategi yg sgt berkesan untuk permulaan... negeri johor x ramai pembekal burung puyuh proses dan permintaan boleh dikatakan amat tinggi.... so kesimpulannya kita kena start dulu lepas tu baru nampak prospek dia... nk proses daging puyuh x susah, sembelih pakai pisau lipat 10sen, rendam dlm air panas lepas tu cabut bulu dia and buang isi perut... masuk dlm plastik ( kalau boleh guna vacuum seal) n dah sedia untuk dijual...

halis005547 said...

haah ler..aku pn nak join ler..mana la tau projek nie leh jd perniagaan keluarga satu hari nanti..amin.....

Anonymous said...

ini satu idea yang bagus..puyuh x puyuh sgt la...tp aku rasa ini idea yg bagus..kak ai, mmg ler bkn hari2 org nk beli puyuh, tp tiap2 hari msti ada orh nk mkn puyuh...hehehehe..

apa pun market strategi kena bagus la...bkn senang nk handle..tp aku cadangkan cuba cari kat website
www.mudah.com.my
pastu taip puyuh..kat situ pun blh tau supplier kat area mana...

apapun tahniah la..satu permulaan yg bagus...

zu, pasni kita bisnes ternak anak zirafah...wakakakaakk..x yah cari supplier..kita jual kat pasar mlm jer..kahkahah...kita paksa org beli! kahkahkah

Anonymous said...

he..he.. akak pun rasa mcm nak jadi shareholder je.. tapi tak nak le cabut bulu burung tu... tak de machine ke...
berapa modal semua nak start nie.

ziefairoose said...

betol tu..modal tu penting..nak beli polisterin ngan plastik bungkus tu ngan pisau lipat hehehe..pastu dedak ngan beli bekas makan ngan minum puyuh..upah jaga ngan cabut bulu puyuh ada tak?

jaga2 kat blakang umah mak tu banyak kucing..

E-pin said...

aku dah survey harga puyuh proses diantara rm21-rm26 utk 10ekor... mahal jugak tu...
utk packing tu nnt kita akan pikirkan kemudian.... proses pun rasanya x susah sgt.... modal permulaan utk 500 ekor siap makanan dianggarkan tak lebih RM1000. Reban kita pakai kayu2 yg banyak kat rumah tu, jaring pun dah ada... so tunggu pembinaan reban siap la.. apa2 pun sesapa yg berminat boleh jumpa dalilah ...

Anonymous said...

siang aku leh tolong jage malam aku nak tido..tapi nak suh jage bleh gak sebab aku tido pun bercakap..mcm tak tido yg penting KOPI...

ziefairoose said...

canteeklah tu..untung gak eh bela puyuh ni.

puyuh ni membiak tak? ke kite memang kene beli anak2 puyuh je?

bukan ape, pasni sape2 nak wat kenduri senangla..huhuhu

yan, nanti ko kawin kene balik sebulan awal tlg cabut bulu puyuh wat kenduri...kihkihkih

ziefairoose said...

wah!!!balong dah advan lah..sapela jd balong ni..ishishk

E-pin said...

aku dah call jabatan haiwan muar, dia kata kat muar x de supplier, zul ko survey kat melaka ada tak anak puyuh...

Anonymous said...

pin, aku cadangkan kita main open market la..(cewah, mcm forex plak)...maksud aku kita pergi ke warong2 @ restoran daerah muar tu..supply direct.kena bg diskaun skit.sbb aku rasa cara mcm tu lebih pratikal..(cash+consisten...)

sbb dr blog2 puyuh yg aku tgk, dioarang harap supplier dtg ambik..zaman2 tu dh abis arr..skg ni kita gerak n cari market..ni pndpt aku la..

halis005547 said...

smlm apar kata nak watkan rebannya..dia suh beli simen..kalu aku sponser simen,aku nih dah boleh dikira sebagai share holder x??hehehe...

E-pin said...

wasilah apa2 yg kau sponsor tu jgn lupa simpan resitnya sekali... utk tujuan pengauditan heheheh... jd esok kita tau siap2 yg dah keluar modal... cadangan zul tu kira menarik jugak... akan dipertimbangkan.... johor masih kekurangan burung puyuh... jd aku rasa ni prospek yg baik

Anonymous said...

mmg pun...aku dah byk surf kat internet td...puyuh byk dimonopoli negeri2 utara..yg aku tahu kat johor ni kurang org bela puyuh sbb market.lgpun org2 area selatan ni x mkn puyuh sgt..mkn penyu kot.kahkahakakah..

dan untuk pengetahuan semua, SEEKOR burung puyuh goreng RM3.80 kat pasar malam duyong..!! skg ni yg penting atur startegi..

ziefairoose said...

belom sambal lg tu ek abg..kalau sambal mau2 rm4.50..hehehe

Anonymous said...

Wah ni macam dah jadi family business ni..memang kena ada strategilah.. tak boleh main tibai-tibai je.. kalau buat betul2 ni boleh jadi ni..
Tapi kena bahagikan tugas dengan betul...

Cuba letakkan kat sini sapa jaga duit, sapa jaga reban, sapa jaga market.. sapa jaga bulu ayam he..he.. hah baru le telus...

Anonymous said...

kak aii..tibai?? kahkahkah...ayat lama...kahkahakah..klu main bola kalah, mmg kena tibai..kahkahkaah...

btl2, kena ada fully marketing+transparent.. klu blh bg pd yg btl2 boleh commit (maksudnya yg slalu ada kat kg)...aku try2 cari market kat sini...maksud aku, utk dijual kepad warong+restoran...lgpun melaka byk hotel..senang nak cari market..

selamat berjaya kepada semua...wakakakaka..

Anonymous said...

nape uncle jon & waterlily sonyap yo..x berminat eh? ke takut blk kg kene cabut bulu kuikuikui

E-pin said...

biar aku tentukan sapa2 yg bertanggungjawab
1) DAlilah - Urusetia projek. bertanggungjawab secara overall ( kira dia ni mcm General Manager ataupun CEO la heheheh
2) Wasilah - CFO responsible for finance
3) Apar - Reban Manager, bertanggungjawab utk hal2 reban
4) Ipin / Mizan - source managr ( cari anak puyuh dan makanannya)
5) Zul- designer ( tlg design plastik utk packaging -penting utk maketing)
6) yg lain2 akanterlibat secara drect atau indirect dlm marketing.

Sesapa yg berminat nk melabur sdangat diau-alukan dan secara automatik akan menjadi pemegang saham. Pelaburan minimum adalah RM50 dan maksimum tiada had.

Aku akan keluaran projection utk overall dlm sedikit masa lagi.
Sekian, aku nak tidur dulu

E-pin said...

Setelah penat mencari akhirnya aku jumpa juga supplier baka puyuh pedaging.. lokasinya 1 km je dari rumah aku kat Durian tunggal. Dia menawarkan hargd RM0.50 seekor. Tp bulan 3 baru boleh ambik. Syarikat dia boleh tahan besar jugak . kalau nk tau boleh pergi ke laman web : http://www.puyumas.com.my

Anonymous said...

oklah tu... diaorang ni pun dah ada customerr dah... mungkin boleh tap diaorang punya customer ke..

Anonymous said...

Wei ipin, aku pulak yang kena.. ko yang nak bisness aku pulak yang kena ambik part. Nak bisness ni kena betul-betul.. aku ni tak ada pengalaman.. kang jadi apa pulak he..he.. kalau setakat bagi makan tu boleh le... peh.. jawatan ceo pulak tu...aku rasa abang mat boleh kita gunakan menyebarkan maklumat.. dia kan ada pengalaman dalam pemasaran..

Anonymous said...

ada satu lagi idea kalau nak dapat untung bulan ramadhan boleh tempah tapak dan jual puyoh goreng mesti lakunya... sapa-sapa yang berminat le.. he..he.. ipin ko boleh supply kat hasim nanti he..he.. dia kan bukak gerai kat pasar ramadan..

Anonymous said...

ipin aku cadangkan tugas pemasaran secara direct ni ko mungkin urusakan pada hujung minggu balik kg.. aku setuju cara zul..ko g warung atau restaurant tanya dia orang nak puyoh tak.. mgkn diaorang nak cuma susah nak dapat puyoh je..beri dia juga no tel ko..ko kan ambik ijazah bussines mesti ada strategi. Kat pt. bunga pn dah banyak warong..kat t.agas pun banyak

Anonymous said...

pin lagi satu kat kedai jentik pun boleh letak he..he.. tu geng mak tu.. mesti dia nak punya..

Anonymous said...

sebab dah lama tak masuk ni..zul ko kena buat kad bisness puyoh pulak sebab ko ngan ipin mengetuai cari market. he.. he.. target mesti ada.. mana tau menjadi. aku mak wasilah akan uruskan yang kat umah. balong pun sama jugak lah.. tolong tutup lampu.. he..he..

aprilon said...

aku nih setakat penyumbang modal bleh ler.dah bisnes tuh kat kmpg,nk buat camner ek?!x bleh nk ambik part ler,jauh!tp x per.sebulan sekali aku blk kg,buat karipap segera bnyak2,nnt aku freezkan,pastu sambil-sambil korang promosi puyuh tuh kat warong2,bleh promote sekali k/pap aku tuh,kehkehkeh

Anonymous said...

pd pendapat aku plak, kita kena btl2 cari market sebelum start ini projek.bkn apa, kita nk tibai sebarang jer kang mau terlongkop jadinya..

lg 1 kena sentiasa update mengenai perkembangan puyuh ni (yg ni aku blh tlg)..

tp aku mmg confident klu kat area muar tu kita dpt supply kat restoran, warong, hotel....bla..bla..

Anonymous said...

tulah akak pun agree macam tu..
kalau ikut website puyumas tu diaorang pun supply kat orang jugak kan...
mungkin epin boleh belajar dari diaorang nie..

kalau buat betul2 ni boleh jadi...

E-pin said...

marketing strategy tu dont worry.. lgpun puyuh tu boleh bertahan selama 6-7 bulan kalau simpan dlm freezer... so x de la nk risau sgt pasal basi ke apa...

Anonymous said...

utk pegetahuan semua,projek reban puyuh telah bermula pd tegah hari td,tp diberhentikan pada pukul 4 ptg di sebabkan hujan lebat dan x cukup barang....kayu yg kat blakang umah semuanya x bleh pakai..jd nak wat mcmne....ada sapa2 nak sapport kayu?

Anonymous said...

kayu rega dia berapa.

Anonymous said...

kayu rega dia berapa.

Anonymous said...

tompok, kayu x der?? kahakahkahaka..p ler darat..rembat sapa2 punya..klu nk lagi ketotol, ko pecahkan dinding kayu umah pak mahat..x per, ambik jer.aku dah ckp ngan rais td..dia x kisah..dia kata dia mmg suka sedekah..kahkakhakahak...

wei,ko tanya apar brapa kos keseluruhan untuk bina reban?? aku ngan zu blh topup budget..reban ko ada pasang tile x? ada aircond? water heater?? atau penggera keselamatan...kahkahakahkahkah...

wei, aku ngan zu btl2 minat nk join dalam pelaburan "Wilayah Pembangunan Puyuh" ni....huhuhuhuhuh

Anonymous said...

aritu gapar kate dia nak tlg buatkn reban ..td ipin dah bg 300..rase mcm x cukup mungkin ahli lembaga pengarah yg lain bleh topup;)sbb mengikut pengamatan & persetujuan ahli lembaga kecil.. bawah reban tu nak kasi simen..senang nak bersih kan najis muzafar opss muafafah..ha..zul pasal air-cond & water heater 2 akan dipertimbangkan (jika maju kite psg kat bilik balong sekali) penggera keselamatan kan dah ader..suisnyer kat bilik mak ..luper eh camaner arwah ayah kejutkan korang bangun sahur dulu..

E-pin said...

ok.. ini bukan projek aku sorang... kita jadikan ini satu family business... dan buat permulaan ni jgn mimpi nk untung beso.. semua keuntungan akan dikumpul sebagai dana dan akan dibahagikan apabila sampai masanya... ni lebih kepada pelaburan untuk masa depan... so sesape yg rasa nk berenti keje nk buat full time bela burung, lebih baik jaga burung "punai" korang dulu hahahah.. lain le kalau korang nk bela 50ribu ekor haa tu mmg nk kena full time... so sikit2 lama jd bukit...
Wasilah, apa2 perbelanjaan perlu dicatatkan ... kena ada disiplin sikit memandangkan benda ni kita buat bersama2.. aku x nak esok2 ada yg cakap belakang x puas hati itu dan ini yg bole menjejaskan silaturahim. Sekian terima kasih

halis005547 said...

segala kos & perbelanjaan akan aku rekodkan utk kemudahan akan datang..n slip2 pembelian segala barang berkaitan akan aku simpan ( original & photostat ....

Anonymous said...

nanti aku tanya apar berapa harga utk kayu..kayu yang apar pakai semlm pun aku tgk mcm nak roboh je...tu bru ujan 2 minit klu msk 5 minit aku rasa semua ke longkang hehehe...

Anonymous said...

nanti aku tanya apar berapa harga utk kayu..kayu yang apar pakai semlm pun aku tgk mcm nak roboh je...tu bru ujan 2 minit klu msk 5 minit aku rasa semua ke longkang hehehe...

acik jon @ azul said...

salam bro n semua
ape perkembangan terkini projek burung puyuh
taceh