Wednesday, October 21, 2009

Khas utk Lelaki...hehehe...

PETUA MENAMBAT HATI ISTERI

  • Sentiasa berdoa agar disayangi
  • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiata isteri sepanjang hari.
  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian berkualiti terhadap isteri.
  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali-sekala.
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya)
  • Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bertindak atau bergerak.
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefom rumah.
  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
  • Apabila hendak keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, atau sekadar ingin memberitahu “AKU CINTA PADAMU”
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali-sekala.
  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.
  • Jika “outstation”, telefon isteri beritahu nombor telefon tempat penginapan dan beritahu anda sudah selamat sampai.
  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum masuk tidur bersama.
  • Urut belakang isteri sekali-sekala.
  • Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di khalayak ramai.
  • Lebihkan isteri dari anak-anak.
  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
  • Seeloknya masuk tidur serentak.
  • Belay isteri sebelum pergi kerja.
  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
  • Lakukan riadah bersama isteri.
  • Bawa isteri pergi berkelah sekali-sekala.
  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.


9 comments:

kak aii said...

Akak yang suka yang last seklai tu.. tolong cuci dan jemurr baju.. Abang Is bukan je sekali-sekala, tiap2 hari .. he..he bab2 basuh baju ni dah jadi department dia le pulak.. bagus..bagus

Anonymous said...

semua tua ada pd aku,yan ko kena cr lelaki mcm aku

muz said...

tang atas yg promote diri dia spy cri mcm dia pd yan tu..phm2 jer laaa yan..keje suami akak ler 2...

Anonymous said...

hehehe..w/pun dia x mention suma org tau laki sapa tuh..hehehe...

napi said...

aku siap basuh baju,lipat baju,mop lantai,hehehehe...

~~yan~~ said...

kak mus : ang apar lepas kawen ngan akak baru reti nak mop lantai bagai... kalau tak toto tempat tido pun gulung sekali ngan bantal and selimut... mak kata "satu set ekh apar..... senang kerja..hahah"

Alhamra said...

hehe..sape munye kain pelekat dh sudah pakai bergulung mcm ular sawe yg selalu mak highlight?

E-pin said...

ciri2 semua tu ada pada aku... so aku mencalonkan diri aku sebagai suami mithali untuk tahun ini.... kehkehkeh

Anonymous said...

ye ke..hehehe..kpd isteri2 tu btul ker suami2mu ada ciri2 tersebut..