Monday, February 7, 2011

PENGURUSAN HAL EHWAL EMAK DI KAMPUNG



Assalamualaikum WBT, bertemu kembali saudara/i sekalian....
Tamatlah sudah Majlis Kenduri Kahwin Dalilah tanpa sebarang incident yang tidak diingini. Oleh yang demikian family maskuri ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang adik beradik, ipar duai saudara mara yang bertungkus lumus tanpa mengira hujan dan panas demi menjayakan majlis perkahwinan Dalilah ini... lepas ni kita tunggu upacara perkahwinan terakhir iaitu Yan ( tu pun kalau mak ngan balong x de plan nk kawin ). Tanpa anda semua apalah ertinya blog ini...


Thread kali ini akan membincangkan tentang keperluan emak dan balong di kampung memandangkan tinggal mereka berdua je yang duduk rumah tu + Mizan sekali sekala dan jugak adik beradik yg lain yg mungkin datang sekali sekala...maklum la masing2 dah ada family dan jugak rumah sendiri... oleh itu kita memerlukan perbincangan yang serius tentang hal ehwal emak dan balong. Di harapkan kita dapat bermuafakat ke arah kebajikan mereka berdua. Ada 2 perkara utama yang perlu dibincangkan di sini :
1) Bil-bil di rumah
2) Sumbangan untuk emak ( ni kira imbuhan balas jasa la ni )


Emak pun ada bg tau aku dia nk pergi Umrah dengan Mokde Yam tp aku x tau status dia mcm mana... mungkin u all boleh bg idea... samada nk bg secara collective adik beradik setiap bulan dengan sorang jd pemegang amanah ataupun nk bg terus dgn mak secara individu ( kalau bg sekaligus nmpk mcm bnyk kot hehe)... so  pakat bincang adik beradik la ye... ni bukan memaksa, emak pun x pernah mintak, yang penting keikhlasan x kira berapa banyak kita bg... kita pun faham kadang2 kita pun ada kekangan kewangan... sekian


P/s : 17/2 ni umur emak genap 70 thn.......





44 comments:

Riyaz said...

yeah..aku org pertama komen..mcm ni la..aku rasa sebaik2nya kita kena ada sorang yg handle kewangan kt umah mak tu..x kan nk suruh balong plak kan..so pemberian secara KONSISTEN amat2 diperlukan..aku menyokong mana yg perlu la..sorang bagi rm50 kan, so klu 10 orang dah rm500.. (nk bg lebih lg bagus)

kak aii said...

ok.. ni kita kena serious.. sebab tiap2 bulan walaupun cuma emak dan balong je yg tinggal, tapi bill nya akan boleh tahan beratus jugak.. so kita konsentrate untuk bagi mak konsisten sebulan (jgn cilok2). Kat sini akak dah listkan. Sila isi. So sapa2 yg jaga nanti senang nak keep track. Pungutan ini akan bermula gaji bulan februari.

No Nama Jumlah
------------------------
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

E-pin said...

aku bg mak rm100 sebulan... sape yg nk handle ni? wasilah ke dalilah?

dell said...

aku dah janji dengan mak walaupun aku dah kawin nilai tak akan menyusut.. RM 350

kak y said...

Aku memang konsistent sjak tahun 80an.tapi ciput je..maklum le anak rmai...he he

kak aii said...

Wai ko berapa. ciput2 pun kena cakap, tak kisahlah kat sini bukannya nak buat bandingan, cuma nak tau senang sikit bila hujung bulan, pemungut hutang nak kutip he..he.. wasilah ko kan tak keja, berapa2 yg mampu tapi kena konsisten. Setakat hari ini:

No Nama Jumlah
------------------------
1 Epin RM100
2 Dalilah RM350
3 Kak Wai RMxx
4 Wasilah RMzz
5
6
7
8
9
10
11
12

dell said...

apa lak tak boleh.. ikut kemampuan le..kalau RM 10 pun bukan masalahnya..ko pun bukan bekerja ..tujuan kak aii cuma nak total berapa yang mak boleh dapat untuk uruskan mak dan balong. iklas tu yang penting. berapa jumlah tu ikut kemampuan untuk menyumbang..tak ada terma dan syarat.kita pun tahu masing-masing beleluarga.

kak aii said...

haah la wasilah... ko kan tak kerja... nanti sebab nak bagi emak ko kena meminjam pulak.. tu dah jadi lain dah tu.. ini adalah sumbangan konsisten pada emak jgn pulak sampai membebankan..RM10 pun boleh... boleh gak beli kopi 343..he..he

kak aii said...

eh salahlah.. kopi 434

Riyaz said...

aku bagi rm100 untuk bulanan pada mak...tp mmg nk kena cari org yg handle..atau pun bg jer pada mak terus..at least mak senang nk budget2...

E-pin said...

kena bg sorang handle... maknanya semua org serah kat org yg handle pas tu org yg handle tu serah kat mak... senang sikit mak nk budget setiap bulan... aku rasa yg sesuai samada k. wai @ Dalilah@ wasilah

kak aii said...

ok. setakat hari ni

No Nama Jumlah
------------------------
1 Epin RM100
2 Dalilah RM350
3 Kak Wai RM50
4 Wasilah RM30
5 Zul RM100
6
7
8
9
10
11
12

Sekarang ni dalilah yang handle semua emak punya duit keluar masuk dan untuk bayar2 bil. Akak rasa biar Dalilah je lah yang continue kalau dia setuju. Wasilah pun dah handle duit dana dengan duit undi.

kak aii said...

ok. setakat hari ni

No Nama Jumlah
------------------------
1 Epin RM100
2 Dalilah RM350
3 Kak Wai RM50
4 Wasilah RM30
5 Zul RM100
6 Yan RM100
7 Kak Aii RMxxx
8
9
10
11
12

~yan~ said...

kak ai kenapa xxx.. mesti kak ai yang bagi amaun tertinggi.. kehkehkeh

Riyaz said...

RM999 kot...hahahahha...

wak aina said...

aku ikut kemampuan la...

dell said...

ha.. kak aii kenapa RM XXX.. nanti aku nak kira susah hahaha.. kalau ikut bulanan rm 600.. tak gitu kak ii. atau nak tambah lagi hahaha

kak elon said...

aku bagi mak RM50.

napi said...

oleh kerana aku bru je advance dana 2 hari sudah maka bulan depan le aku start bg ye, almaklum le...hehe...

kak aii said...

ok,ok akak mcm biasa 600 la..Mizan ko tak takpe..kita faham.. tunggu sampai kambing byk..he..he. Cuma alang je yg tinggal. alang ni duduk dalam gua ke apa, tak tengok blog ni.. he..he .. ok
setakat hari ini

No Nama Jumlah
--------------
1 Epin RM100
2 Dalilah RM350
3 Kak Wai RM50
4 Wasilah RM30
5 Zul RM100
6 Yan RM100
7 Kak Aii RM600
8 Kak Ilon RM50
9 Napi RMxx(tak tau tapi start bln depan)
10 Alang RMxxx
==============
total: RM1380 (tak termasuk alang & napi)
==============
ok lah.. ko cerita sikit bil mak bulan2 berapa.. lepas tu kita boleh la bahagi2kan berapa bil, berapa mak punya duit poket berapa nak simpan untuk mak nya umrah tu..pastu tanya mak bila nak gi umrah tu..

E-pin said...

mana nama apar? kontraktor tu..... heheh

k y said...

ye lah..nama glamour apar pun'anak Pah'.Mana boleh tertinggal ni..ko jgn hilangkn diri..hehe.Roya, sjak mjlis perkahwinan, dia lum balik kg. satu kluarga sakit...

alang said...

hello...i'm coming....sorry ek menghilang sekejap.sejak alya keluar wad aku lak tak berapa nak sihat sampai skg ni.aku mcm biasa hulur kat mak rm100 sebulan.

kak aii said...

oklah... roya yg hilang dah jumpa, apar masih menghilang ke? roya: alya sakit apa sampai masuk wad..ciannya..
aku pun cian gak.. rumah dimasukki pencuri.. semua emas2 aku yg dikumpul berpuluh2 tahun dikebas.. kurang asam betul..

alanag said...

kak aii rumah akak nak kena pasang cctv ni.barang kemas akak banyak ke?kenapa tak simpan kat bank.Alya demam panas ari tu.

kak elon said...

alahai ciannya...bila kena masuk pencuri tu...dah kena pasang cctv ngan penggera tu....besabor jer ler...emas tu leh bli...tp pandai plak pencuri tu tuju kat tempat ltk emas tu...

kak aii said...

tu la.. byk la jugak dlm RM30K mcm tu.. kalau tau, better jual buat beli kambing byk2. ha..ha.. ni bagi kat pencuri..hey.. apa nak buat tak de rezeki la tu..

kak aii said...

penggera tu ada, tapi pencuri sekarang ni dah byk technical knowledge,.. sebelum masuk rumah, dia potong telefon dengan internet. pandai je dia masuk kot tinngkap bilik, terus je masuk kat tempat brg kemas tu.. pandai la pulak, yg bukan emas dia tak ambik, duit pun dia tak ambik.. memang professional.. ntah2 dia ala alat mendetect emas..ha..ha

dell said...

entah kak aii nie.. hantar le kat bank.. rugi tau.. rumah macam ko tu standard dia mesti ada sistem keselamatan dan cctv..

kak aii said...

rumah akak tv je banyak.. cc tv takde lagi.. he..henanti la dulu..skg dah tak ada brg kemas dah.. tapi alhamdulillah, benda tu terjadi masa orang takde kat rumah..semua selamat..

kak elon said...

ooo...agaknya pencuri tu dah memang kerjaya dia pencuri emas sepenuhnya...otak dia memang dah kena set untuk curi emas ajer...yang lain dia x nak curi...

dell said...

pencuri dia sensetif pada bau.. kalau dia ambik emas dia cium bau emas. dia tau mana zuhkian mana mas betul.

Riyaz said...

mmg pun...yg pasang alarm, telepon, internet semua orang jugak..bkn robot.jd selok belok tu mmg dh tau la..psl detector emas tu rasanya mmg ada..(ni berdasarkan pengalaman aku ms main emas dulu) ...sbb tu dulu2 org simpan emas dlm tepung, gula dan beras..x per, yg penting semua selamat

kak aii said...

oklah emas2 akak pun dah selamat dicuri, kita balik cerita kebajikan emak balik.. sorry la interframe sikit pasal cerita akak pulak.. he..he
so far kita boleh collect dalam 1480.00. so dilah dah confirm ke jaga emak punya duit ni?

Riyaz said...

aku rasa dila la yg paling sesuai memegang amanah harta ismit ulam raja ini..jadi x payah la buat undian lagi ataupun pilihanraya kecil..kira setuju jer la dila menang...heheheh...

~yan~ said...

setuju~ heheheeh

kak aii said...

setuju..setuju...

E-pin said...

saya setuju.... RM1480? wow.... banyak tu hehehe... so moralnya kalau nk duit bnyk bila dh tua, kena beranak ramai la ek?

dell said...

ok.. cuma nak ingatkan lah..cuba konsisten dalam beri mak nie.. kalau boleh jgan miss.anggap satu kewajipan. apa-apa pun dapat gaji asingkan dulu duit nak bagi mak. kmudian baru pikir yang lain. nanti setiap akhir bulan aku akan remind.."bersatu kita teguh bercerai kita roboh"..

E-pin said...

dila, bg no ak bank islam atau maybank... nnt aku bnk in... kepada mak bila elaun dh nmpk mcm bnyk + pencen + duit sawit jgn berangan nk kawin lg tau..

kak aii said...

epin tu zaman emak je anak ramai yg boleh harap... kalau kita beranak ramai belum tentu kita merasa... ha..ha budak zaman sekarang lain sikit..dia ingat mak bapak dia keja ada byk duit.. he..he
duit2 mak tu masukkan kat maybank emak je.. dilah yg jaga mak punya akaun tu..semua tolong konssiten ya.. kalua semua konsisten, maka cepatlka mak boleh gi umrah..

elon said...

yer ler..mak dah tua-tua ni ler baru nak merasa duit banyak...malah kekadang emak jugak ler tempat mengadu kalo dah x der duit.dah terbalik pulak jadinya.jd jgn ler fikir banyak2 nak bg mak duit tau...heheheh...

E-pin said...

apa no akaun maybank emak?

dell said...

ni no akaun mak 101413228249