Monday, June 8, 2009

XTVT PERDANA TAHUN 2009

salam semua...

Senarai semak aktiviti penting 1/2 tahun terakhir 2009..

cadangan:-

1) raya puasa-apa kata kalu buat tahlil adik-beradik utk arwah2 keluarga terdekat kita...

2) raya korban - tahun nie kitaorg nak wat korban.sapa2 yg nak join dialu2kan..setakat nie dah ada 1 kumpulan tp kurang seorang..ada sapa2 yg berminat nak mengisi kekosongan tu dialu2kan..

3) family day - maybe 25 ~ 27/12/2009 di PD.

4) akikah utk baby - sesiapa yg berminat nak join boleh berbincang dgn zul....



" Eratkan Silaturrahim Sesama Kita "

43 comments:

zue said...

akikah utk baby tu dah ada 3 org, riyaz zu zul(walaupn bkn baby)..aritu aina kate nak join.. so ada 3 baby lg yg kosong..sape2 lagi nak join? sorang kene tak lbh dari rm400 ikut harga lembu semasa kate emak..

kak aii said...

eh.. apa beza korban ngan akikah ek.. dah lupalah.. dulu gi sekolah agama main2..he..he..

dell said...

entah ek tapi seingat aku masa masa belajar dulu aqiqah tu untuk baby dan kanak-kanak, tapi kalau korban tu untuk orang tua.. cam ne Mus?? kena rujuk kat bapak muz nie??? hehe..pening..atau ada sape2 blh jelaskan..nie kena masuk dalam kategori kemusiklan agama ni...

e-pin said...

wah.. ni mcm program korban perdana.. hehehe

zue said...

aritu mak kate akikah ni kalau kite dibwh tanggungan mak ayah, diorg yg buatkan kalau diorg mampu..tp kite ngan zul ni x akikah lg..so kitorg buat sendirila sbb bkn dlm tanggungan lagi..nanti lain tahun kalau ada rezeki baru korban plak..

muz said...

yg zue ckp tu btul ler.. tp.. hehehe...pjg jawapn tu kak..
kalu jwpn nie..agk2 kemusykilan tu terjwb tak... huhuhu..
Perbezan Antara Aqiqah Dan Korban

1. Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahayang dan khutbah Hari Raya Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.

2. Daging aqiqah boleh di beri milik kepada orang kaya menakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

3. Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, menakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s.


4. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat disedekahkan setelah di masak.


5. Daging aqiqah sunat dimasak dengan manis-manis, dengan doa harapan agar agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.


6. Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya menakala tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.


7. Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, menakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun Hijrah.

i. Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban.

ii. Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.

iii. Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

muz said...

hahaha.. tu dia.. sy tolong crikn jwpn dlm google search..
huahuahua...

halis005547 said...

paham dah cik muz...huhuhu..nasib baik ader anak ustaz..tau gak jawapannya walaupun cuma copy paste dri google..hehehe...

kak elon said...

a'kum sume....

kak aii said...

wah.. jawapan muz macam teringat baca kitab2 sekolah agama dulu.. he..he.. so kita kena korban le..nanti cari yang lembu yang bulu tebal2 sikit.. sebab muz cakap (kat no. 7(i) tu)
"Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban". maksudnya lagi tebal bulu lembu tu lagi banyak kebajikan kita dapat... kalau nak lagi tebal lembu biri2 le kan.. ha..ha..
sori le mus.. saja gurau2..

zue said...

thanks muz..tapi kite zul n riyaz memang nak akikah..ade sape2 nak join sbb sekali sepanjang hayat..kalau korban tu ada rezeki lebih tahun depan InsyaAllah

ana said...

seingat kte mse belajo syariah islam thn lepas,akikah utk bayi yg bru dilahirkan hingga baligh.. ni notanye..
AKIKAH

1.MAKSUD :
·Menyembelih binatang an’am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah.

2.HUKUM :
·Sunat muakkad
·Bagi lelaki = sunat 2 ekor kambing
·Bagi perempuan = sunat 1 ekor kambing.
·lembu / kerbau / unta boleh dibahagi 7 bahagian

3.WAKTU AKIKAH :
· Harus ( dari dilahirkan hingga ia baligh )
· Afdal ( hari ke-7 selepas dilahirkan )

4.SYARAT SAH :
·niat akikah ketika sembelih
·tidak cacat serta cukup umur
·ikut syarat sah sembelihan

5.DAGING SEMBELIHAN AKIKAH :
·mestilah binatang an'am
·tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin
·sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
·sunat agar tidak mematah-matahkan tulang daging yang dipotong

6.SUNAT AKIKAH :
·berdoa ketika hendak menyembelih
·menyembelih ketika matahari sedang naik
·dagingnya dimasak manis sebelum disedekahkan
·tidak mematahkan tulang binatang akikah
·mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
·dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran

7.HIKMAH MELAKUKAN AKIKAH :
·sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan zuriat
·untuk menghebahkan kepada orang ramai atas kesyukuran / kurniaan Allah
·bagi memulakan kehidupan anak dengan perkara kebaikan
·mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran dan masyarakat setempat
·sebagai tanda menjalinkan kasih saying ibu bapa dengan anak
·menggalakkan amalan sedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata
·mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.

p/s:buku teks syariah kte kt sek, tp nota ni kte amik kt http://www.sabah.edu.my/cwm010/akikah.htm

halis005547 said...

alamak ustazah ana dah bukak buku nota..lpas nie kalu ada yg x paham lg x tau la..hehehe...rasanya maklumat dari ustazah ana dah cukup lengkap..hehehhe...

kak aii said...

semuapun ustazah celup rupanya.. cut and paste.. takpelah.. ada juga yang mengingatkan..

dell said...

maksudnya mesti dari lahir hingga akil baligh je lah ye..keterangan yang muz bagi tak pulak menyatakan umur disunatkan akikah.. macam forum perdana pulak kan..he..he..he..

Anonymous said...

junjumatun =tengkorak..cikgu mukiar yg ajor ni..jgn main2......hehehehe

Ahmad Md Salleh said...

bgus gak korang ni...belajar..dlm blog,ilmu kena tuntut gak,nasib ada ank ustaz..he,he

anakpah said...

bincang aqiqah n korban je ke koorang ni?munakahat xda ke!skangkan musim mengawan!!!x gitu wasilah n wai......

halis005547 said...

ish..nie anakpah mana yg x beli insurans jari nie??ish..ish..sesedap tgn jer menaip ekh..tpkan btul ker kak wai pragnent??jawab kak wai.jawab..ramai yg nak tau nih..hehehe..

del said...

ko ni wasilah kecoh lah.. lepas ni penuh le blok ni, nak kepastian..tak boleh simpan rahsia..tunggu le kak wai bukak cerita..wasilah orang yang bertanggungjwb bukak cerita keluar dr muar ek..kak wai dah terlanjur bukak cerita ni.. tu ko kena jawab le khikhik.. jgan tension ek..anak tu anugerah tuhan..confirm lepas ni blok cerita kak wai pulak..hehe

Riyaz said...

tuutttt....tutttt...
assalamualaikum .....Sari berita penting...

tumpang lalu....psssssttttt.stelah sekian lama aku menyepi skg aku kembali...hahahaha...so kesimpulannya :

sapa yg nk akikah sila bgtau aku (7 orang..skg ni aku,zu, riyaz, aina) so ada lg 3 yg kosong...kenduri akikah ni akan dibuat selepas raya nanti(oktober kot)..Insya-Allah kalau ada rezeki.

pastu spa yg nk buat korban sila maklumkan pada wasilah@dilla (wakil)..sbb raya haji jatuh pada 27 november..so plan awal2 la..

sekian, utk makluman semua.jmpa lagi di tarikh dan waktu yg sama..

E-pin said...

apa?apa?apa? akak Wai bakal menimang cahaya mata? bestnnyaaaa... kalau x nk bg aku... berkesan sungguh TF abg mat... apa2 pun tahniah le kak wai ... bertambah lg umat nabi muhammad...
tu anakpah tu nk cerita pasal munakahat konon... dulu suruh sekolah agama ko pegi menyorok kat sungai... nasib baik cikgu yg ajo munakahat tu dh jadi apak... boleh le jugak belajo lg hahahah

acik jon @ azul said...

salam bro
salam cek abe mat
ape jeng3
tahniah cek abe mat n mak ude
moga dimurahkan rejeki n panjang umoq
alhamdullillah
amin

halis005547 said...

wei zul aku rasa ko n zu tu x yah ler wat aqiqah..wat le korban terus..anak korang jer yg aqiqah..korang pun bkn bdk kecik lagi nak aqiqah...hehehe...

~yan~ said...

yer la zul.. setahu aku aqiqah tue untuk baby sampai akil baligh... kalau dah jadik bapak org nie kira aqiqah lagi ker.. hahahah.. ntah la.. tak tawu la aku....hehe
wei.. akak wai pregnant lagi ker?
tahniah2! bertambah lagi family kita.. bagus la anak ramai2 nie... dah tua sok senang macam mak...hehhehe..

halis005547 said...

entah aku pn x tau kak wai pragnent or x...hehehe..sbb td comment apar tnya aku n kak wai..tu yg aku agak jer...heheheh....

Riyaz said...

hahaha...dimaklumkan tiada paksaan terhadap korban dan aqiqah ni..

" Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, menakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun Hijrah.."

sekian, harap maklum...

ada yg nk tmbh anak buah ker? best2..huhuhuhuhu

dell said...

tu le akak cakap kat kak wai tengok mak hehe.. setiap anak ada kualiti masing-masing hehe.. ko lama menyepi g mana yan..dh lama x masuk blog

~yan~ said...

ader la..dah lama tak masuk blog nie...kerja la kak.. kerja shift nie tak menentu... suka2 nak cuti..suka2 nak kerja... hahahha...

dell said...

RELEKS JAP..ni untuk orang yang otak matematik , tolong cari jawapan..

MANA SERINGGIT LAGI DUIT MAMAT?

Mamat mahu beli sepasang kasut berharga RM 97 tapi tiada duit. Mamat pinjam duit ibu RM 50 dan abang RM 50. Skrg Mamat ada RM 100. Mamat beli kasut itu dan baki duit Mamat RM3. Mamat Pulang RM1 pd ibu dan RM1 pd abg.
Skrg hutg Mamat dgn ibu RM49 dan abg RM49. Dlm Tgn Mamat tggal RM1. Msalahnya RM49+RM49=RM98. Cmpur RM1 dlm tgn Mamat jadi RM99. Mana RM1 lagi? sapa dpt selesaikan mslah Mamat ni.. puas aku pikir x blh bantu Mamat ni.. Mungkin zu ke..muz ke.. kak ai ke..ana ke.. n sape2 lah bagi jwapan..

kak aii said...

ooi.. dalilah.. mana le boleh kira macam tu..

ko kena kira berapa hutang dia yang original (100). kalo ko byr rm2 balik.. maksudnya ko masih hutang diaorang 98.00.

lepas tu ko bayar cina kasut 97.00. sebab tu le ko ada rm1 dalam tangan..

padan le ko fail mathematics.. ha..ha

dell said...

ini uji minda matematik sbb tu le serah kat org matematik..aku dapat ni kat buku mastika..respon lain..

muz said...

tul ler tu kak dila... saya penah jupe soalan dia.. ade jln lain gak.. tp yang kak aii tunjuk tu betul laaa.

Ahmad Md Salleh said...

singgit lg pd abe mat laaa... buat jual ubat kihkihkih...

dell said...

hampeh!! abg mat ni..ni btul2 otak bisnes nie..

anakpah said...

wei dila,yg ko pikir utang mamat tu nak watpa,dia yg utang ko plak yg nk pikir,siap ajak bini aku plak yg pikir,utang dia kat ptptn pun dia dh pening pikir,ha...ha...

acik jon @ azul said...

salam bro
salam cek abe mat
salam semua
sape2 boleh confirm family day bile
kalau dah confirm gua nak apply cuti2 malaysia
taceh

kak aii said...

family day yang macam dah rancang tu..
hari ni nak gi pd nanti pegi tengok2 sikit kat ancasa suite resort tu..kalau ok.. nanti book.. tarikh seperti yang telah dirancang..

kak aii said...

by the way.. duit adsense setakat hari ni, ada usd40.00. rajin2 le click.

Anonymous said...

kalau usd 40 tu berapa rm??

kak aii said...

hari ni dah usd41.50. lebih kurang rm145.00. 1 USD tu lebih kurang RM3.50.

kak aii said...

akak dah gi tengok resort u kira oklah..

3 bedroom unit = RM668.00.
So kalau 4 duit (12 bilik) = RM5344.00
Jumlah orang dewasa = 28 orang

Seorang dewasa kena bayar RM190.00

Kalau ok akak nak kena book and kena bayar down payment..

Dell and silah.. ko kena confirm sapa yang akan datang.. sebab tak nak book2 nanti ada pulak yang taik diri.. confirm by next week ok.

halis005547 said...

ok..nanti org kompomkan..