Assalaualaikum...
HUJAN MERDEKA
Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.
Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.
Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.
Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.
"ZULKIFLI MOHD TOP"
"Universiti Malaya"
Tuesday, August 31, 2010
Thursday, August 26, 2010
BELANGSUNGKAWA~ Busu Senin ~ 1947-2010
assalamualaikum / salam ramadhan......
Ketika kita sedang berkira-kira dan bergembira untuk menyambut syawal, kita dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagi saudara terhampir dengan kita iaitu Ithnin Bin Mansor a.k.a Busu Senin yang telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1431 Hijrah jam 2.35 petang akibat sakit yang dihidapinya sebelum ini. memang agak memeranjatkan jugak sebab beberapa jam sebelum itu, keadaannya kelihatan seperti biasa.
kalau diingat balik, Allahyarham merupakan orang pertama yang berniaga kat dpn parit ponorogo tue...dari jual jagung, pau, air cincau smpai la bukak kedai runcit kecil-kecilan..setidak-tidaknya ada trade mark la smpi skg...sbb orang akan sebut "pau yang kat pt ponorogo tu" ...heheheehe..

Dikalangan family kita, Allahyarham bukan lagi asing dalam membantu kita menguruskan majlis perkahwinan dikalangan ahli familymaskuri..kiranya macam orang adat la..smpi batang kali tau allahyarham menghantar rombongan..Terima kasih tidak terhingga!
Jenazah Allahyarham selamat disemadikan bersebelahan dengan kubur arwah ayah & arwah pak cik md nor (tetap jiran dunia & akhirat) selepas solat tarawikh kira-kira jam 10.00 malam..
apapun salam takziah buat kak ewah sekeluarga..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diberikan kekuatan pada yang ditinggalkannya...
~Alfatihah~

Sunday, August 8, 2010
. Ramadhan .Shawal . Bertunang . Family Day
Salam Ramadhan Al Mubarak |
selamat menyambut ramadhan al mubarak...
mari bersama2 menyumbang idea2 bernas untuk bulan raye thn ini... contoh mcm fotografi, tahlil, bbq nite, tukau2 hadiah dsbnya....
lepas tu standby utk majlis bertunang Dalilah dan diikuti dengan family day ..... so semua bolehlah start sharing2 apa2 yg patut ye.....
Subscribe to:
Posts (Atom)