Sunday, February 28, 2010

Ziarah Aqil Lutfan

petang td family aku + family kak ilon sempat jugak le pegi ke Subang jenguk new born napi... si kecik ni pun ada pusar 2 jugak kat kepala... ramai betul cucu mak yg berpusar 2 sekarang nih... semoga menjadi la kambing2 kat kandang tu hehe... lama jugak la kitorg kat sana bersembang2 tp yg best tu dia punya makanan peghhhh... udang galah masak rendang yg diimport dari indon... memang sedap giler.. tp aku x makan la sbb dh makan bnyk ikan sembilang kat rumah kak ilon hehehe.. korang tgk je la gambau kat bawah ni...
lagi satu Selamat hari jadi jugak kepada Muhammad Harraz Naim.. nasib baik 28hb 2... kalau 29hb jenuh nk tunggu 4 thn sekali beb... mcm world cup pulok heheh


Aku rasa budak kat atas ni mmg sesuai dgn kambing
badan pun semangat heheh

Aqil Lutfan




Monday, February 22, 2010

update kambing petermas

Salam semua, berikut adalah beberapa update tentang kambing....
1) Pellet kambing dah habis seguni ( RM37.00) selepas 7 hari....
2) Pembinaan pondok (teratak) untuk lepak2 bersama kambing dah hampir siap
3) Rumput napier dan guatemala baru nk tumbuh ( lg 3-4 bulan baru boleh harvest )
4) kambing belum ada yg sakit, cuma semalam mizan ckp ada sekor kambing kakinya tersepit dan nasib baik x patah, cuma terseliuh jer.... mmg harap2 tak patah la....
berikut adalah sedikit gambar... yg lain2 aku dh upload kat picasa :


Kambing paling comel setakat ni...

Bersama kambing yg dipanggil manja hahah

Model kambing yg lepas tu menangis sbb nk bwk kambing blk kuantan

Sedang enak meragut sawit


depan teratak kambingku heheh

Tuesday, February 16, 2010

SELAMAT HARIJADI EMAK











Sebentar td satu majlis memperingati harijadi emak yg ke 69 telah diadakan secara kecil-kecilan jer... sempat jugakla mak baca doa selamat dan dia pun x sangka doa selamat tu sempena ulangtahun kelahiran dia... nmpk terharu jugakla bila anak2 bg hadiah dan menyarungkan cincin hadiah ke jari emak....selamat hari lahir kepada emak yg jasanya tak termampu kita anak2 untuk membalasnya.. semoga emak sentiasa dalam keadaan yg sihat sentiasa walaupun semakin dimamah usia...lusa hari jadi zue pulak... so selamat harijadi la jugak kepada zue




Hari ke-4....


NI le update untuk hari yang ke-4 kambing2 berada di dalam kandang.. keseluruhannya kambing2 nmpk sihat, cuma yg jantan je nengok mcm tertekan sbb keseorangan ( kekambingan?).. walaubagaimanapun kesemua kambing2 telah dpt menyesuaikan diri.... ataupun org yg telah dpt menyesuaikan diri dgn kambing? aku dpt upload 1 jer sbb fail dia besar sgt daa... so nk gambar yg lain kena click kat picasa album : http://picasaweb.google.com/slu969/Kambingku#

Friday, February 12, 2010

PENTERNAKAN PUN BERMULA

Al kisah maka pada pukul 7.30 ptg td tanggal 12/01/2010 bermula aktiviti penternakan kambing boer di kampung.... peringkat permulaan 9 ekor betina dan seekor jantan telah dimasukkan....
sila klik link utk lihat gambar kambing: