Saturday, January 30, 2010

selepas 5 tahun...Al-fatihah


salam...

mggu lepas genap la Allahyarham Maskuri Bin Hj. Reduan kembali ke rahmatullah....2 safar yang lepas..ikut kalendar islam la..klu ikut kalendar melayu 13 mac..

kenangan kena rotan, ikut pegi pasang paip, hantar pegi sekolah naik keta wagon, jaga arwah ayah dihospital merupakan kenangan yang tak kan kita semua lupakan..apapun 5 tahun ni rasanya mcm kejap jer kan...harap2 kita semua tak lupakan segala jasa dan pengorbanan yang tidak ada ternilai dari arwah ayah..setidak-tidaknya kita sedekahkan alfatihah selepas solat..Insya-Allah.

kepada cucu-cucu atok mas semua, klu korang nak tau atok mas mmg sayang giler kat semua cucu dia...mesti dia golek2kan kat atas kaki..

terima kasih kat arwah ayah & emak yang mengajar kita alif ba ta , ABC & 123..terima kasih jugak sebab membesorkan kita smpai la dewasa..so rajin-rajinlah jugak kita menjenguk kubur arwah ayah.

Al-Fatihah...

p/s : terima kasih kat mak sebab ingatkan 5 tahun pemergian Ayah...

Friday, January 22, 2010

Misteri Bigfoot @ bigfood (Lembu ) heheh

inilah hasil kajian secara rambang dan jarak jauh aku .. semoga dengan kajian ini membolehkan aku mendapat pHD yang membawa gelaran doktor hahahaha... aku ada buat sedikit perbandingan dengan kesan tapak kaki yg dipercayai bigfoot yg diperolehi dari sumber internet... dan yg menakjubkan kesan tapak kaki kat kebun mak tu ada yg hampir sama dgn gambar yg aku dpt kat dalam internet tu...
cuba korang peratikan perbandingan gambar di bawah:
cuba korang peratikan gambar yg dlm bulatan merah dgn gambar kat atas tu... sama ke x?

aku confuse ni.. x kan bigfoot taman negara dah pindah kemari

Thursday, January 21, 2010

Lawak ke Serius? Serius Ke Lawak?


Salam,
dah lama rasanya aku x join blog nie..cuma skg ni kat kg ada sikt citer la yang aku rasa boleh menyebabkan orang ketawa, orang termenung atau mungkin orang buat tak reti jer...kisahnya begini.........

senang citer : mak jumpa tapak kaki yang besar..kat kebun darat.dpn umah pak mahat tue..(kira-kira 870kilometer dari bandar Yangon Myanmar...).besar mana? lebih kurang size A4...x percaya kan? pastu jejak2 bertapak ni menunjukkan 'susuk' ni berkaki dua...mcm manusia..bila diukur kesan dalam tapak kaki kat tanah tu ia mencecah sejengkal (anggaran la).. nak ketawa x? aku pun semalam mcm nk ketawa...tp pagi ni aku rasa mcm x blh nak ketawa...

kahkahkahkah....yg pasti bukan tapak kaki semut, bukan tapak kaki kura-kura, bukan tapak kaki bini sipolan, bukann.........jawapannya???

aku pun tak tau..korang tgk gmbr dan nilai sendiri..

p/s : aku ada tanya kwn aku td..dia terror gak bab2 nie..dia blh agak ala2 spesis mawas..ntah la..boleh la tgk untuk hiburan kita dibulan januari..jgn ambik serius yer...

tukang jmpa - mak (pah)
wartawan - apar,asrhad
photographer - mizan





Sunday, January 17, 2010

Latest update....



Sila layari official website : http://sites.google.com/site/petermascorp/home untuk maklumat lanjut










Hyperlink to Petermas

Salam...
dimaklumkan segala hal2 yang berkaitan penternakan kambing akan di redirect to :


So sesape yg berdaftar tu rajin2 la jenguk ke situ ye...

Tuesday, January 12, 2010

Belasungkawa: Siti Mazidah

Salam Takziah untuk Kak Nor dan Abg Zul atas pemergian mengejut anak sulungnya Siti Mazidah kerana lemas semalam. Masing-masing pun terkejut dan tak menjangka pemergian arwah dalam usia yang muda... namun takdir dan suratan mengatasi segala-galanya dan sebagai hamba kita perlu redha atas ketentuan Qadha' dan Qadar.

Rasanya semua adik beradik family maskuri mengenali arwah kerana dia anak sulung kak Nor dan masih ingat arwah ayah rapat dgn arwah sewaktu kecilnya...

Semoga arwah bersemadi dengan aman dan dipohon semoga Allah memberikannya syafaat di alam barzakh... dan kepada Kak Nor, Abg Zul dan ahli keluarga sentiasa tabah menghadapi ujian getir yang melanda...

Alfatihah....

Wednesday, January 6, 2010

2010 projek @ ponorogo..

ok, salam semua..
sempena tahun 2010 ni projek yg dicadangankan adalah projek ternakkan kambing..yg akan dimulakan dengan kadar segera..berdasarkan meeting hari tu, masing2 dah setuju untuk bagi share dan harap2 dapat keuntungan untuk jangkamasa panjang.

so masing2 harap dapat beri kerjasama..sumbangan, tenaga, masa, wang ringgit, idea amat dialu2kan...so akak rohai selaku pengerusi akan membentangakan apa saja info dan akan diupdate dalam blog nie...

sama2 la kita berdoa projek ini berjalan dengan lancar..Insya-Allah..