Friday, February 18, 2011

Alfatihah

Keluarga Family Maskuri Mengucapkan  Takziah kepada Zuraini Othman di atas pemergian Bapa tersayang ke  Rahmatullah pada hari Khamis 17 Feb 2011 bersamaan 14hb Rabiul Awal 1432 H. Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan beliau di alam Barzakh, semoga mendapat syafaat dari Allah SWT.

Di bulan Feb ni jugak genap 6 tahun pemergian Arwah Ayah ke rahmatullah, semoga doa anak-anak sentiasa berada di samping roh arwah ayah. Alfatihah




Wednesday, February 16, 2011

SELAMAT HARI JADI EMAK

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan...

Sajak untuk Ibu:

Ibu…..                                                                    
Pengorbananmu.. laksana titisan embun
Terhidang di dada subuh
Meresapi ranting-ranting
Umbut usia pagi…..
Ibu…..
Di atas jalan semalam
Bayi anakmu
Kau hiasi pada mata dan telinga
Kuntum-kuntum wangi
Yang terbau keharuman
Bicaranya mengalir air mata
Ibu…..
Membesarnya anakmu
Dalam usia restu musim
Bersama tinta doamu
Di muka awan
Bersama jelmaan pelangi
Tangan ibu yang tak ternilai
Ibu…..
Betapa kebanggaan
Mengharum di kamar hati
Nyanyian ibu lembaran lama
Selembut maya
 Kedewasaan ibu
Pasti belum mengenal ketuaan
Di hujung senja ini
Sekepal hati
Cair di kaki
Ibu…..
Mengertilah
Jari-jari anakmu yang pendek
Adalah serpihan kuku ibu
Buat pengertian….
Masa demi masa

Selamat hari jadi Ibu... dan selamat hari jadi Zue
p/s : Sajak untuk Zue? ( suruh laki dia buatkan la hehehe)

Monday, February 7, 2011

PENGURUSAN HAL EHWAL EMAK DI KAMPUNG



Assalamualaikum WBT, bertemu kembali saudara/i sekalian....
Tamatlah sudah Majlis Kenduri Kahwin Dalilah tanpa sebarang incident yang tidak diingini. Oleh yang demikian family maskuri ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang adik beradik, ipar duai saudara mara yang bertungkus lumus tanpa mengira hujan dan panas demi menjayakan majlis perkahwinan Dalilah ini... lepas ni kita tunggu upacara perkahwinan terakhir iaitu Yan ( tu pun kalau mak ngan balong x de plan nk kawin ). Tanpa anda semua apalah ertinya blog ini...


Thread kali ini akan membincangkan tentang keperluan emak dan balong di kampung memandangkan tinggal mereka berdua je yang duduk rumah tu + Mizan sekali sekala dan jugak adik beradik yg lain yg mungkin datang sekali sekala...maklum la masing2 dah ada family dan jugak rumah sendiri... oleh itu kita memerlukan perbincangan yang serius tentang hal ehwal emak dan balong. Di harapkan kita dapat bermuafakat ke arah kebajikan mereka berdua. Ada 2 perkara utama yang perlu dibincangkan di sini :
1) Bil-bil di rumah
2) Sumbangan untuk emak ( ni kira imbuhan balas jasa la ni )


Emak pun ada bg tau aku dia nk pergi Umrah dengan Mokde Yam tp aku x tau status dia mcm mana... mungkin u all boleh bg idea... samada nk bg secara collective adik beradik setiap bulan dengan sorang jd pemegang amanah ataupun nk bg terus dgn mak secara individu ( kalau bg sekaligus nmpk mcm bnyk kot hehe)... so  pakat bincang adik beradik la ye... ni bukan memaksa, emak pun x pernah mintak, yang penting keikhlasan x kira berapa banyak kita bg... kita pun faham kadang2 kita pun ada kekangan kewangan... sekian


P/s : 17/2 ni umur emak genap 70 thn.......