Tuesday, May 26, 2009

Family Day Planning

Askum..nie dah nak masuk bln 6 apa citer family day kita taun nie?? Bln berapa nak buat...
saper2 yg ada idea tempat menarik yg sesuai dijadikan tempat family day ni bgtau la dgn segera...senang nanti nak wat perbincangan terutamanya yg membabitkan kewangan..maklum ler musim2 gawat nie..hehehe....

Sunday, May 24, 2009

birthday party aina..


askum semua...

memandangkan 10/6 nie genap aina setahun,jd mizan n liza berhajat utk mengadakan birthday party untuk aina pd 6/6 nie...jd jika anda semua sebagai ahli keluarga mempunyai masa lapang silalah balik kekampung ( khas utk yg tinggal kat kl ,melaka & kuantan ) bg memeriahkan majlis aina nie...lgpunkan sekolah dah cuti..hehehe....






Thursday, May 21, 2009

Aktifkan balik hari mu

To all, i feel so sorry coz unable to update this blog frequently... aku baru je 10 hari keje ngan gomen n baru seminggu keje dh kena course seminggu kat tg malim... aku berkursus kat Kalumpang resort and training centre.. nice place but not equipped with the wifi... 
aku akan posting ke kuantan on 1st June... so semakin jauh nnmpknya.. anyway diharapkan blog ni tetap terus menjadi medium merapatkan ukhwah dan silaturrahim antara kita....
kepada sapa2 ahli keluarga yg berminat nk jd moderator adalah sgt dialu-alukan dgn syarat anda mempunyai google email... jadi tak le blog ni sepi tanpa kehadiran thread2 baru... pada wasilah dan zul rajin2 ler masukkan thread baru kalau aku x kesempatan... rasanya dh boleh plan event besar utk tahun ni....
kepada yg lain2 tu rajin2 le jenguk2 blog ni... maklum le penyampaian secara bertulis lebih berkesan dari penyampaian secara lisan... paling x pun kita x gaduh mulut... gaduh tulis jer hehehe... 
Ok wish u all good of luck.... 

Saturday, May 9, 2009

Dari Durian Tunggal ke Senai, akhirnya tercampak ke Kuantan





Kata orang kalau kita asyik berpindah randah maknanya kita nk jadi kaya... tapi jgn lebih 7 kali pindah jadi papa tu hahha...
Siang td aku telah hantar semua barang ke rumah sewa baru dikuantan.. mcm nk pengsan angkat barang... tu baru satu lori 3 tan... aku rasa kalau aku pindah lg mau kena sewa treler la pulak...pada heheh...
so terima kasih pada abe mat n family yg sanggup datang ke kuantan tolong aku pindah....


Friday, May 8, 2009

Renungkanlah...sempena hari Ibu...

Selamat hari ibu kpd sumer ibu-ibu yg akan menyambutnya pd 10/5/2009 ( Ahad ).

Renungkanlah.....


Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul pun...)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah...... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu...... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku...... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Tapi bila aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada..... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja.... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.........

Tapi kalau mak sudah tiada...... ...... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Friday, May 1, 2009

Selamat menyambut hari pekerja

“selamat menyambut hari pekerja”-semoga segala pekerjaan kita diberkati oleh Allah SWT…